Sabtu, 10 Julai 2010

Ahh!! Terlebih Bayar Daaa

    10:24:00 PG   No comments



870,630 Pembayar Cukai Terlebih Bayar RM10 Bilion Pada 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 870,630 pembayar cukai telah terlebih membayar cukai pendapatan berjumlah kira-kira RM10 bilion pada tahun 2009, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman di Dewan Rakyat, Selasa, 836,444 pembayar cukai telah terlebih bayar dengan nilai RM8.6 bilion pada 2008 manakala 654,605 pembayar cukai terlebih bayar sejumlah RM5.4 bilion pada 2007.

Pada 2006, seramai 291,315 pembayar cukai pula melibatan bayaran cukai berlebihan RM4.3 bilion.

Awang Adek berkata, pada tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih belum membuat bayaran balik kepada 150,757 pembayar cukai.

LHDN turut tidak membuat bayaran semula kepada 76,960 tafsiran cukai pendapatan pada 2008 dan 58,633 lagi pada tahun sebelumnya.

Semua pembayaran cukai akan disimpan di dalam Dana Disatukan, katanya.

Menjawab satu lagi soalan daripada Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh, Awang Adek berkata, adalah sukar untuk menyediakan perangkaan membabitkan mereka yang tidak dapat dikesan untuk membuat pembayaran semula.

“Bagi mereka yang telah membuat e-filing akan mendapat pembayaran semula dalam tempoh sebulan,” katanya.

Beliau menambah, hampir 95 peratus daripada 270,835 pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan e-filing bagi lima bulan pertama tahun ini boleh mendapat bayaran balik dalam tempoh sebulan.

Menurut Awang Adek, mereka yang menfailkan pengembalian cukai secara manual akan mendapat bayaran semula berkenaan dalam tempoh tiga bulan.

“Terdapat kira-kira 3.5 juta pembayar cukai, namun hanya 2 juta yang aktif membayar cukai,” tambahnya lagi.

Perunding cukai SCS Global Consulting (M) Sdn Bhd, Harvinder Singh berkata, kebarangkalian pembayar cukai membuat bayaran cukai berlebihan kepada LHDN berikutan mereka terpaksa membayar lebih tinggi bagi jadual pemotongan cukai lebih tinggi berbanding daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

Beliau berkata, pembayar cukai individu turut mengalami pemotongan cukai yang tinggi yang terdiri daripada pengecualian cukai seperti pembelian komputer, buku-buku, insurans dan perbelanjaan perubatan.

Sementara itu, seorang perunding cukai yang enggan mendedahkan namanya berkata, lebihan bayaran cukai merupakan di kalangan pesara yang mengisytiharkan dividen-dividen yang diterima daripada pemilikan saham sebagai pendapatan mereka.

“Mereka yang menerima dividen perlu memaklumkan jumlah yang diterima pada akhir tahun tafsiran cukai pendapatan dan kemudian mereka boleh menuntut bayaran balik daripaa cukai-cukai yang telah dipotong oleh LHDN,” ujar Awang Adek- Mstar Online

Ulasan: Wak adalah salah seorang daripada pembayar cukai yang terlebih bayar. La ni wang yg terlebih tu tak sampai-sampai lagi...tegah kering nih..hehehe

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.