Ahad, 11 Julai 2010

AutoCAD & Keistimewaanya

    2:29:00 PTG   5 comments

Mungkin ramai yang dah tahu bila wak buka cerita pasal perisian ni, tapi ada juga yang masih ternganga-nganga apabila mendengarnya.

Nak buat macam mana..huhuhu Apa-apa pun kite abaikan pasal ni.Perisian AutoCAD didatangkan di dalam pelbagai versi, antara versi terawal yang Wak tahu seperti R12,R13 dan R14. Lepas tu baru keluar versi yang terbaru sekali AutoCAD 2000 sampai-lah versi yang ada sekarang ni. Sejarah bila perisian AutoCAD dicipta wak tak berapa nak tahu, apa yang wak tahu kelebihanya je. Perisian ni sangat praktikal macam-macam boleh kita lakukan dengan perisian ni.Kita boleh melakar lukisan 2 Dimensi (2D) dan juga 3 Dimensi (3D). Contonya membuat lakaran plan rumah, mereka bentuk landscape, litar skima elektrik & elektronik, pembuatan acuan pembentuk (mould) dan banyak lagi keistimewaan lain.

Wak kenal perisian ni masa mula-mula menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Pasir Gudang. Masa tu memang satu apa pun tak tahu. Belajar asas je dekat sana, lama-lama belajar barulah tahu.Teruja juga dibuatnya. Bagi mereka yang nak belajar AutoCAD kenalah tahu serba sedikit asas-asas membuat lakaran teknik 2 Dimensi (2D) lukisan manual atau lukis guna tangan dengan pembaris. Untuk anda yang tak reti melukis disebabkan tak ada bakat macam Wak atau tangan dah keras sampai tak boleh lukis satu garisan lurus, jangan risau, perisian AutoCAD ini akan membantu anda, mudah saja. Setakat ini pada wak, AutoCAD versi 2000 paling senang nak guna dan mesra rakyat..

Dalam blog ni, wak akan kongsi apa saja yang wak tahu pasal Autocad buat anda yang melayari blog wak ni. Kalau mana ada yang wak terlupa atau teritnggal, kita belajar sama-sama sampai pandai. Dah masuk 7 tahun Wak guna perisian ni untuk cari makan, tapi rasa macam masih banyak lagi yang wak perlu belajar. Sebelum kita pergi lebih jauh, wak anggap anda semua dah tahu serba sedikit asas dalam teknik lakaran, kalau ada yang tak tahu, jangan risau slow-slow kita belajar. Enjoy...

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. dah lama dengar perisian ni...tapi x penah cuba...teringin jugak nak cuba....sy biasa guna yg lebih senang...Adobe Photoshop....

    BalasPadam
  2. biasa lukis dlu.. bila dahsiap covert masuk photoshop buat finishing
    touch up..

    BalasPadam
  3. SALAM PERKENALAN WAHAI TEMAN SEKAMPUNKU DARI BLOK 4 PERINGKAT 4 HANG JEBAT KEMBALI LAGI DI ZAMAN MODEN

    BalasPadam
  4. byk keistimewaan autocad ni. tak rugi belajar :D

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.