Rabu, 1 September 2010

Adun PAS sahut cabaran Blogger masuk tempat ibadat orang bukan islam

    1:27:00 PG   1 comment


KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.

Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu. Sember HARAMKAH DAILY

Wak J Say

Kini sudah menjadi trend pula di Selangor di mana ahli politik dari Pakatan Rakyat membuat kunjungan atau kunjungan balas terhadap tempat ibadat seperti masjid, kuil dan gereja. Tidak kira bagi mereka yang beragama islam atau pun bukan. Apa motif sebenar ahli politik tersebut berbuat demikian wak pun tak pasti. Adakah hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk bahawa mereka ini berfikiran terbuka dalam semua hal walau ia menyentuh bab-bab agama?. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini.

Macam-macam benda pelik tapi benar berlaku di negeri kesayangan wak sejak ia mula diambil alih Pakatan Rakyat. Dahulunya perkara sebegini agak janggal dilakukkan oleh orang islam dan bukan islam, kini ia mula menjadi trend dan kebiasaan bagi ahli politik dalam Pakatan Rakyat. Mula-mula ziarah menziarahi selepas itu apa pula. Mungkin selepas ini pada mereka yang beragama islam boleh menunaikan solat di gereja atau kuil asalkan niat kita kerana Allah. Bagi penganut agama lain pula, mereka dibenarkan utuk melakukan upacara keagamaan mereka di perkaragan atau dalam masjid janji mereka menjaga etika berpakaian dan menjaga adap bila berada di masjid. Hal-hal lain itu belakang kira. Minta dijauhi perkara seperti ini dari terjadi.

Kenapa sejak kebelakangan ini ramai ahli politik yang dulunya begitu ANTI dengan ISLAM kini mula berjinak-jinak mendekatkan diri dengan masjid atau surau, kalau mereka ini telah dibukakan pintu hati dan diberi hidayah oleh Allah untuk menerima Islam wak ucapkan ALLHAMDULILLAH. Bagaimankah jika sebaliknya, mereka ini datang dengan niat-niat tertentu samada untuk meraih undi simpati dari orang islam sempena PRU akan datang atau sekadar inigin menunjukan kepada rakan kafir meraka bahawa orang melayu yang beragama islam ini mudah untuk diperlembukan dengan hanya memberi sedikit rumput kering bernilai RM500 atau RM1000 sebagai umpan.

Wak nak ingatkan sekali lagi di sini bahawa dugaan untuk umat islam akhir zaman amat dahsyat sekali. Apabila sayitan sudah mula berlagak alim, dan orang islam sudah mula pudar imanya maka bala akan menanti. Oleh itu kita sebagai orang islam haruslah berhati-hati dengan mereka ini kerana kita tidak tahu apa yang terselindung  disebalik senyuman ramah serta sumbangan yang diberikan oleh mereka. Kepada ahli-ahli politik PAS baru mula hendak merapatkan diri dengan tempat ibadat bukan islam, hentikan lah perbuatan anda itu, Kalau ye pun hendak mencari populariti, tidak perlu lah sampai hendak melawat kuil atau tempat ibadat agama lain. Banyak lagi masjid dan surau yang memerlukan pembelaan anda. Walaupun perbuatan itu tidak salah tapi jangan lah sampai mengundang persepsi bururk orang lain.

Lu pikir la sendiri..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.