Tanggal 31 Ogos 2010 genap 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Dalam kesempatan ini blog Wak Jengkol ingin mnegucapkan selamat menyambut hari kebangsaan kepada semua pengunjung blog wak, dan tak lupa juga buat sahabat-sahabat blogger yang telah banyak memberikan inspirasi serta semangat untuk wak terus menulis serta melontarkan pendapat melalui blog.
Sempena hari Kemerdekaan yang jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ini, moga-moga ia dapat memberikan keinsafan dalam diri kita untuk memahami apa itu erti kemerdekaan yang sebenar. Wak berdoa semoga negara yang tercinta ini, Malaysia akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur di bawah lindungan Allah, serta rakyatnya yang berbilang bangsa dapat hidup bersatu padu, saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian hidup yang kita kecapi sekarang. Dengan semangat 1 Malaysia, mudah-mudahan ia akan dapat menjana satu transformasi yang akan membawa negara kita Malaysia ke arah kegemilangan..Insya Allah..
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..