Rabu, 4 Ogos 2010

Dah daftar ke belum?

    2:42:00 PTG   13 comments


Salam...Encik sudah daftar ke belum..Harap-harap nanti ada yang sudi tanya wak soalan ni..Tapi wak bagi tahu jawapanya dahulu. Terus terang nak cakap, wak sebanarnya belum daftar lagi dengan SPR sebagai pengudi yang sah..Buat malu company je..Semalam wak dengar berita di tv, siapa yang dapat mencari daftar pemilih baru akan diberikan upah untuk setiap satu kepala, RM1 atau RM2 kalau wak tak silap dengar. Boleh buat duit ni. Tapi kena register dengan SPR dulu untuk jadi egen. Kalau siapa-siapa yang dah jadi agen sah tu cari lah wak. Campur wak ada dua kepala yang belum daftar lagi.

Tak tahu kenapa tiba-tiba hati wak terbuka nak pergi menjadi pemilih yang sah untuk tahun ni. Mungkin dah sampai masanya golongan-golongan macam wak bangkit untuk melakukan perubahan dan menyumbang sesuatu untuk masa depan negara. Selalunya kita kutuk sana kutuk sini, salahkan sana, salahkan sini tapi diri sendiri tak pernah pergi mengundi masa tiba pilihan raya, yang lebih teruk lagi yang yang tak daftar langsung macam wak ni. Tapi wak bukan jenis yang suka kutuk-kutuk tau.

Setelah mengikuti perkembangan politik semasa tanah air, wak mersakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku sekiranya kita tak membuat perubahan dari sekarang. Sekiranya kita tidak dapat menyumbangkan tenaga atau wang ringgit, setidak-tidaknya kita dapat menyumbangkan undi demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air. Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih atau keluar mengundi mungkin merasakan kehidupan mereka sekarang stabil dan selesa terutama sekali yang sebangsa dengan wak. Wak tak kisah siapa yang akan anda pilih masa pilihan raya nanti kerana undi itu rahsia, seelok-eloknya setiap satu undi yang kita sumbangkan itu memberi kesan yang berbaloi untuk masa depan kita dan generasi akan datang.


Dari pemerhatian melalui blog yang wak selalu tinjau, banyak post-post ada menyatakan bahawa  Parti DAPig bersungguh-sungguh mencari daftar pemilih baru dalam kalangan kaum cina. Ada wak terbaca posting berknaan 1 melayu : 40 cina..gerun bunyinya tu. Sekarang wak dah mula sedar betapa pentingnya kita mendaftar sebagai pemilih yang sah. Wak tak mahu bila satu hari nanti kita menyalahkan orang lain atas kesilapan diri kita sendiri dalam membuat pilihan. Bila dah kena jual nak menyesal pun dah tak berguna. Ambil lah iktibar atas apa yang telah berlaku pada saudara kita di belah Utara sana akibat dari tersalah pilih. Nak gelak tak sampai hati plak.. Akhir kata wak ingin menyeru kepada anda semua yang sama waktu dan sama bangsa dengan wak, mana-mana yang belum lagi mendaftarkan diri sebagai pemilih yang sah, cepat-cepat-lah daftar sekarang. Wak dengan orang rumah dah  nak pergi daftar, anda bila lagi?.

Demi Islam, Demi Bangsa & Demi Negara..wak daftar sekarang..



Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. Alhamdullillah..wak dah sedar. Selamat mendaftar kepada semua bakal pengundi yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

    Yang lain macam mana? Sudahkah anda mendaftar? Ingat ye...bukan mendaftar panggilan masyuk di Hot FM tapi di SPR.

    BalasPadam
  2. Betul Wak...

    cakap berkobar-kobar pun tak guna kalau tak mendaftar...

    kalau dah mendaftar, jangan lupa plak pi mengundi. Daftar tak mengundi pun tak guna jugak...

    selamatkan negara kita

    BalasPadam
  3. belom mendaftar jugak!! haha. ada hasrat untuk mendaftar sebab nak pilih sendiri bakal pemimpin.

    BalasPadam
  4. Laaa.....x sangka WJ x daftar lg...dah cukup umur kan!!!! hahahaha... Hah....pg daftar....ajak skali pemuda2 n puteri2 dr Belitong. Ikut cakap cucu Tok Wan tu...dah daftar nnt...jangan x mengundi pulak....
    Selamatkan bangsa, agama n negara kita.....

    BalasPadam
  5. Wak, jgn tunggu agen datang, kita kene pegi cari.

    Apapun, marilah mariii.. kita mendaftar.. tunaikan kewajipan, untuk mengundi...

    BalasPadam
  6. Salam to all..

    Nasionalis 1982

    Banyak baca blog ru yang wak tersedar.

    Cucu tok wan

    Terima kasih atas nasihat anda, kali ni mesti mengundi...semangatttt

    Gadis comel

    Nanti nak pi daftar kat mana..Jangan tersilap pilih sudah..

    Cikgu

    Wak tahun ni baru masuk umur 21..hehe..jgn jeles sbb muda lagi

    Mak dara

    awal betul..dah berapa kali pi mengundi?

    Kalam timur

    Wak saje je..klu ikutkan mmg nk pi daftar skrg, masa je yg xde..klu ade sape yg dh jd agen yg sah tu calling2 wak kt sini.
    ***********************************

    terima kasih untuk komentar2 yg ada dlm blog wak ni..see yeahhh..

    BalasPadam
  7. Selamat mendaftar Wak..saya dah 6 kali mengundi..

    BalasPadam
  8. salam
    honestly aku tak pernah daftar

    huhuhu... anak m'sia sejati tuh. esok aku daftar ya wak

    BalasPadam
  9. Laaaaa.... tak daftar lagi rupanya Wak Jengkol ni. Ish ish ish... baru cukup umor ke?

    hehehehehe

    BalasPadam
  10. WJ: Nak gtau ni....sy pon x daftar lagi....ade ke patut, umur dh mcm ni x penah daftar??? hu3....jgn g tau sesape ek.....ssshhhhhhhhh....hu3....

    p/s: daftar Wak...jgn x daftar....

    BalasPadam
  11. jom kita daftar ramai2..
    sbb kita lap penentu ms depan negara..hehe

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.