Khamis, 5 Ogos 2010

Pengguna Maxis Broadband ...Mesti Baca!!

    3:07:00 PTG   10 comments


Salam..Entry kali ini wak nak berkongsi sedikit maklumat penting berkenaan Maxis Broadband. Wak pasti ramai di antara kita yang menggunakan perkhidmatan internet mudah alih dari Maxis Broadband. Bila tiba hujung bulan kita akan menerima bil broadband, di dalam bil tersebut juga menyatakan detail maklumat serta berapa jumlah yang perlu kita  bayar untuk bulan tersebut.Terdapat sesetangah orang kurang peka atau tidak berminat untuk merujuk setiap lampiran yang dikemukan pada setiap bil tersebut. Hanya sekadar melihat jumlah yang harus dibayar sahaja. Akibat dari sikap malas kita itu, kita terpaksa membayar  sejumlah wang yang tidak sepatunya kita bayar seperti yang dinyatakan dalam bil bulanan.

Wak telah melanggan pakej internet mudah alih 3GB plan daripada Maxis, lebih setengah tahun wak telah menggunakkan perkhidmatan ini. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bil bulanan broadband wak setiasa berubah-ubah. Apa yang wak paham, pakej yang wak langgan ini kadar bayaranya adalah tetap (fix). Misalnya pakej yang wak ambil sekarang ini sebelum ditolak diskaun dan rebat ialah RM108. Oleh kerana wak juga pemegang akaun postpaid, dan masih dalam tempoh diskaun promosi selama satu tahun. Wak mendapat potongan sebanyak RM20 dalam setiap bil bulanan. Jadi dalam setiap bulan wak hanya membayar sebnyak RM88 bagi bil broadband. Kalau dicampur kedua-dua akaun, wak hanya perlu membayar sekitar RM150 sebulan.


Untuk mencari sebab-sebab kenapa wak perlu bayar lebih dari kadar yang telah ditetapkan, Wak telah menghubungi pihak Maxis Center untuk mendapatkan kepastian tentang masalah yang wak hadapi. Apabila pihak Maxis membuat semakan dalam komputer, terdapat banyak sms yang dihantar ke akaun broadband wak. Wak juga diberi tahu setiap sms yang dihantar atau dibalas kembali akan dicaj dalam sekitar RM4 atau RM5 setiap sms. Dah lama wak perhatikan banyak sms telah dihantar ke nombor broadband yang wak guna, selama ini wak tak berapa peduli sangat pasal sms tu, sebab pesanan yang dihantar semuanya merapu-rapu dan malas nak membacanya. Cuba bayangkan kalau dalam masa satu minggu ada empat atau lima sms yang dihantar. Dah berapa banyak jumlah yang kita kena caj. Itu belum kira lagi dalam masa sebulan. Boleh jadi bankrap dibuatnya.

Wak berharap pihak pengurusan Maxis mengambil serius tentang masalah ini, wak tak mahu di masa hadapan orang ramai menganggap pihak Maxis dan pihak yang menjalankan perniagaan melalui khidmat sms bersekongkol sama menekan pengguna dengan mengenakan kadar caj yang tidak masuk akal atas sesuatu perkara atau urusan yang pelanggan itu sendiri tidak mahukanya. Lindungi data atau maklumat peribadi pelanggan dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak digunakan oleh pihak lain untuk tujuan yang salah serta merugikan diri pelanggan itu sendiri. Wak rasa hairan, kebiasaanya pengguna talian telefon mudah alih sahaja yang menghadapi masalah, sekarang pengguna broadband pun turut terkena sama. Memang betul-betul makan duit.


Buat rakan-rakan wak yang berada di luar sana, rajin-rajin-lah membelek setiap helaian bil broadband yang dihantar kepada anda, tidak kira anda melanggan Maxis, Celcom atau lain-lain syarikat yang menyediakn perkhidmatan internet mudah alih. Pada anda yang mengalami masalah yang serupa dengan wak, bagus kiranya jika dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain melalui penulisan blog atau di facebook. Semoga ceria selalu..


Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
10 ulasan:
Write comments
  1. WJ: Tq 4 sharing wak.....sy guna b'band gak tp celcom. celcom ni pon slalu gak send msg thru email ke akaun b'band sy ni....so far x de extra charges...tp since Wak dh bukak citer ni....sy kene lbh alert la next time!lg pon kita x pnh request pon email2 yg merapu tu!!! anyway, tq Wak

    BalasPadam
  2. yang soheh, time nak potong, fuhh bukan main laju, tapi ini hari, nak access internet, mengalahkan zaman pakai dial-up... tu dia tak kira dalam bill tu walaupun dari segi perniagaan kita dah rugi beberapa deal!

    BalasPadam
  3. WJ: kalau byr mahal tp puas hati xpe la..ni internet da la slow pastu selalu putus2..geramnya...

    BalasPadam
  4. Salam Wak..

    Thanks for info..
    Mereka banyak kenakan caj tersembunyi
    Yang menanggung beban adalah pengguna.
    Selalunya kita membayar atas apa yg kita tidak guna..
    Macam mana nombor pospaid boleh dikatahui pihak ketiga?

    Jengok Blog Saya diSINI

    BalasPadam
  5. Salam to all

    Azzey..
    thanks sudi singgah. lps ni x blh nak sambil lewa je bila bil samapai, kena check betul2 sebelom pi bayar.

    Cucu Tok wan..
    Wak rasa dail up lagi bagus dari braod band. nt klu wak punya streamyx dh lulus, cancle terus guna maxis ni..x berbaloi..internet slow..bil api pulak melambung..rugi2..

    Hursaini..
    tu yang wak muskil knp data2 penting mcm ni blh lps ke tangan pihak ke3..mesti keje org dlm..

    Mama..
    Xpe x lama lg nak tukar streamyx plak...tunggu..

    BalasPadam
  6. WJ: thanks juga...coz jd follower sy...:)

    BalasPadam
  7. nak pasang streamyx pun satu hal lg..lps mohon nak kena tggu punya la lama..bl tel balik dorang ckp xde kabel la plk..huhuhu

    BalasPadam
  8. Sila baca dulu terma dan syarat sebelum melanggan Streamyx. Anda berkemungkinan akan membayar lebih dari apa yang diiklankan.

    BalasPadam
  9. so, mesej yg dihantar n dicaj tu drp maxis sendiri ke? contohnya sms yg nak bgtau quota dah dekat2 nak abes?

    BalasPadam
  10. maxis xdpt nak percaya sgt. user maxis dh bnyak kena tipu

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.