Jumaat, 27 Ogos 2010

Duit raya RM500..Mari belajar ucap "Terima Kasih" buat kakitangan yang ANTI Kerajaan

    5:24:00 PG   12 comments


PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Wak J say

Beruntung benar siapa yang dapat jadi kaki tangan kerajaan, dapat durian runtuh sempena hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Jeles wak bila mendengar khabar berita tersebut. RM500..satu jumlah yang agak banyak juga bagi mereka yang tahu bersyukur. Kalau suami isteri kakitangan kerajaan lagi lah banyak jumlahnya. Cukup untuk buat persiapan hari raya anak beranak tanpa perlu mengeluarkan wang dari poket sendiri.

Dengarnya di Pulau Pinang kakitangan kerajaan di sana dapa duit raya RM400 sahaja.Apa boleh buat kalau dapat ketua menteri macam Lim Guan Eng. Wak harap kakitangan kerajaan di sana puas hati dengan jumlah duit raya yang mereka dapat, jangan ada yang komplen kenapa duit raya aku karang RM100. Apa yang anda pilih itulah yang anda dapat.

Selepas ini mana-mana kakitangan kerajaan yang ANTI kerajaan, belajar lah macam mana cara nak berterima kasih. Jangan ada pula yang mengatakan duit raya ini hak rakyat yang sememangnya kerajaan kena beri bila setiap kali hari raya. Kalau ada yang berfikiran sebegitu, wak yang berkerja disektor swasta pun nak calim juga duit raya ni sama banyak dengan apa yang kakitangan kerajaan dapat.

Itu lah diantara kelebihan sekiranya berkerja dengan kerajaan berbanding dengan bekerja di sektor swasta.  Kalau anda bekerja di sektor swasta macam wak, bos bagi duit raya atau ang pow RM50 seorang pun dah kira besar jumlahnya, itu pun ada yang miss, tak tiap-tiap tahu dapat. Semoga hari raya tahun ini adalah paling bermakna buat kakitangan kerajaan sebab dapat duit raya banyak. Wak nak pesan, beringat-ingatlah ketika berbelanja, jangan guna duit ni buat beli mercun pulak...Pakcik Kayooooooooo raya tahun ni..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
12 ulasan:
Write comments
  1. WJ: bELAJAR BERSYUKUR DGN APA YG DIBERI KANNNN......

    BalasPadam
  2. eh! wak J x dpt ke??? swasta kan masyuk tiap kali bonus??? lalalalala

    BalasPadam
  3. Salam..

    Azzey
    Kalau dapat lebih alhamdulillah

    Makdara
    masyuk tu mmg masyuk..klau dapat 1 bln or 3 bln..sekrang ni paling tinggi pun dpt 0.8 month..macam mana tu.

    BalasPadam
  4. Salam Puasa.

    Susah wak.
    Kalau bagi RM1000 pun mereka yg tegar takkan bersyukur.

    Kalau dekat PRU atau PRK depa kata PM nak bodek atau nk pancing undi rakyat.

    Kalau yg ni apa alasan depa ek?

    irs-hursaini
    irs-hursaini.blogspot.com

    BalasPadam
  5. tok guru & ustaz2 kami pesan..kalau org bagi kebass..jgn dok terima kasih apatah lagi utk menyokong org yg bagi...kalau ingkar, alamat tak masok syurga laa...wak tak tau ke???kpd mak dara...syukur laa....kami yg tak keje krjaan ni,telan air liur je...

    BalasPadam
  6. Salam Wak...Penentanglah biasanya yang tak sabar tunggu duit tu,macam di Felda juga ..yang tak bersama felda tu dah mula bising kenapa dapat RM150 je...sedor-sedor la diri tu....

    BalasPadam
  7. Politik dendam kesumat syaitannirrajim membutakan hati manusia. itulah PAS - parti yang menafikan bahawa Islam itu dihiasi dengan tatamoralitas yang murni!

    BalasPadam
  8. salam..syukur alhamdulillah..semoga bonus ini dimanfaatkan sepenuhnya

    BalasPadam
  9. Syukur...klau x reti nak ucap syukur, ucap trima ksih pun ok..raseyee

    BalasPadam
  10. terima kasih dan saya amat menghargainya..tk juga kerana dengan bantuan kerajaan, saya bisa berada dalam kedudukan saya sekarang

    BalasPadam
  11. Semoga ramai yang menggunakan pemberian tersebut dengan cara yang diberkati. Jangan guna cara tak berkat nanti bukan yang itu saja lesap tetapi gaji bulanan pun cepat lesap. Lepas tu kata gaji kerajaan bagi terlalu sikit.

    Aku Yang Bingai
    Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)

    BalasPadam
  12. Terima kasih. terima kasih....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.