Isnin, 23 Ogos 2010

HUDUD hanya untuk orang Islam sahaja..Adilkah?

    2:47:00 PTG   9 comments

SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja. Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hukuman hudud perlu dilaksanakan segera memandangkan undang-undang manusia hari ini jelas gagal dalam usaha mendidik masyarakat.

Katanya, kini adalah waktu yang sesuai untuk kembali kepada undang-undang Allah. Perlaksanaannya adalah mengikuti kerohanian yang sebelum ini hanyalah fizikal. "Lihatlah negara yang mengamalkannya. Hanya berapa kali hukuman itu dilaksanakan, jelas jenayah berkurangan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja, bukan sembarangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah menggantikan undang-undang sivil dengan hudud. Menurut Tuan Ibrahim, Pas kecewa kerana kegagalan perlaksanaan hudud disebabkan sikap orang Islam sendiri. 
SINAR HARIAN

Wak J say

Islam amat menitik beratkan keadilan dan kesaksamaan dalam apa jua perkara yang kita lakukan termasuk dalam konteks soal hukuman kepada pesalah yang melakukan kesalahan. Wak sebagai muslim amat menyokong undang-undang HUDUD dilaksankan di negara kita. Dan wak percaya semua rakan-rakan wak yang muslim turut bersetuju dengan pendapat wak.

Sebelum kita melaksanakan undang-undnag Hudud ini banyak perkara yang kita perlu ambil kira terlebih dahulu, dan bukan main hentam sahaja. Terutama sekali kita kena tahu sejauh mana peneriamaan orang bukan islam terhadap konsep Hudud dalam kehidupan seharian meraka. Dah tentu sebagai orang islam kita meneriama Hudud dengan lapang dada kerana tiada undang-udang yang lebih sempurna selain Hudud.

Seperti kenyataan Naib Presiden PAS di atas, bahawa hukum hudud hanya boleh dikenakan kepada pesalah yang beragama Islam sahaja,
wak berasa amat dangkal sekali apabila ia keluar dari mulut seorang tokoh agama yang disanjung oleh puak-puak PAS, kerana ia tidak melambangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Walaupun wak tak punyai ilmu agama setinggi ahli PAS, berdasarkan kenyataan tersebut sudah menunjukkan ketidakadilan undang-undang Hudud yang cuba dibawa oleh PAS. Dalam menegakkan hukum Allah  biarlah Hudud ini dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama apa yang dianuti oleh si pesalah tersebut. Sebagai contoh di sini Nuar, Lim dan Nik pergi merompak sebuah bank di Kelantan, misi meraka bertiga gagal, dan akhirnya ditangkap bersama hasil rompakan. Setelah dibicarakan didapati mereka ini bersalah. Pada masa itu Hudud telah dilaksanakan di sana. Nuar dan Nik dijatuhi hukuman potong tangan, manakala Lim hanya dipenjarakan beberapa tahun sahaja disebabkan si Lim ini bukan beragama Islam. Dalam situasi ini kita akan lihat proses keadilan yang dilaksanakan tidak sempurna, bukan sebab Hudud itu tidak cukup bagus tapi cara perlaksanaan oleh manusia itu sendiri banyak cacat celanya. Sepatutnya ketiga-tiga pesalah tersebut wajib dipotong tanganya, baru lah matlamat Hudud itu tercapai.



Untuk mencapai matlamat Hudud dilaksanakan di Malaysia. Undang-undung ini hurus mendapat penerimaan oleh oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Cuba kita lihat negara luar yang mengamalkan Hudud seperti di Afganistan, Bagaimana keadaan negara itu sekarang, kucar kacir bukan. Itulah akbat daripada proses keadilan yang dijalankan tidak selaras mengikut syariat Islam yang sebenar bukan seperti yang dibawa oleh PAS. Kalau PAS betul-betul hendak melaksanakan Hudud di Malaysia sila nyatakan bahawa Hudud bukan hanya untuk orang islam sahaja tapi untuk semua. Ada berani!!!

Wak pasti apabila kenyataan Hudud untuk semua ini keluar dari mulut PAS, maka sayitan-sayitan dari DAP dan PKR akan bertempik kepanasan  mengutuk PAS dan menetang undang-undang Hudud ini dari dilaksanakan. Lihat sahaja apa yang berlaku pada PAS sekarang ini ibarat lembu dicucuk hidung. Karpal dan Lim Kit Siang menentang Hudud bukan sebab undang-undang ini tidak berkesan dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara. Mereka menentang kerana terdapat ramai dari kalangan suku sakat mereka ini terdiri daripada pesalah undang-undang. Satu hari nanti bila Hudud dilaksanakan di Malaysia, kita akan melihat lebih ramai si kafir lakhnat ini tidak bertangan dan berkaki akibat dari kesalahan yang mereka lakukan. Sebelum Hudud dilaksankan umat islam itu sendiri perlu bersatupadu dahulu, baru lah orang bukan Islam memandang tinggi kepada kita yang Islam ini..Salam perpaduan..


PS: Ini hanya pandangan peribadi wak sahaja setelah lama memerhati isu Hudud ini dimainkan oleh PAS. Sekiranya pandangan wak ini tersilap, harap ada yang sudi beri tunjuk ajar. wak terbuka dalam menerima teguran dan pujian..terima kasih.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
9 ulasan:
Write comments
  1. kat Malaysia ni, isu agama dah jadi macam benda kecik ja bg semua parti politik

    BalasPadam
  2. Salam..

    Dunia akhir zaman..bila mana Islam dijula dengan harga paling murah sekali..

    BalasPadam
  3. PAS takut dengan DAP...Itu baru cadang nak laksana hudud..esok kalau laksana DAP sergah lagi gelabah..pasti benarkan DAP buat undang2 sendiri...

    BalasPadam
  4. cuba kita belajar hukum hudud dari apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dan 4 orang sahabat. pada masa itu orang bukan islam tidak dikenakan hudud tapi kenapa jenayah pada zaman mereka sangat kurang berbanding sekarang? tak timbul pun masalah tidak adil sebab orang islam je yang kena hudud tapi orang bukan islam tidak kena hudud.

    tambah lagi hukum hudud yang dilaksanakan oleh khalifah umar abdul aziz, bagaimana jenayah pada zamannya berbanding sekarang? tak timbul pun masalah tidak adil sebab orang bukan islam pada zamannya tidak dikenakan hudud. malah orang bukan islam pada zaman khalifah umar abdul aziz sangat menghormati orang beragama islam sebab jenayah yang dilakukan orang islam adalah sangat sedikit.

    kalau kita masih berkeras mengatakan hukum hudud tidak adil sebab tidak boleh dikenakan pada orang bukan islam, maka jawablah sendiri dengan Allah sebab hukum hudud ini Allah yang cipta. Tidak boleh ada bantahan lagi, ataupun ada yang di sini mengaku lebih pandai buat hukum dari Allah?

    BalasPadam
  5. wak kalau UMNO sebut pun tak berani wak...yang menentang sebenarnya bukan orang kafir tetapi orang Islam yang tidak inginkan Islam dan ambil hukum separuh-separuh,lagi...malang menetang secara terang-terang mengatakan undang-undang Islam sudah tak sesuai...

    BalasPadam
  6. Salam:

    setuju dgn Abe Hsans..sbnrnya yg plg menentang hukum hudud ni adalah org islam sndri..cuma secara bselindung dan tdk dinyatakan.lps tu buat alasan kaum kafir takkan setuju..
    Sygnya Malaysia negara Islam tp takut dgn kaum kafir..dan kerajaan dan parti pembangkang msng2 cuma mengambil hati kaum kafir ni tuk meraih undi..

    BalasPadam
  7. Meninggalkan hudud menjadikan kerajaan itu kafir, zalim dan fasiq (AQ 5: 44,45 &49);
    manakala meninggalkan solat dgn sengaja menjadikan seseorang itu kafir (Muslim,alIman/82,
    Termidzi, alIman/2622) dari Jabir ra,µpemisah antara seseorang dgn kekafiran ialah meninggalkan
    solat.

    Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia

    BalasPadam
  8. Hukum Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.

    Marilah kita tnye diri kita sndri layakkah kita bertanya tntg keadilan sesuatu hukum Allah???

    Semoga Allah ampunkan dosa atas keterlanjuran kita..

    BalasPadam
  9. Syahadah,solat,puasa,zakat,haji dll amalan yg banyak lagi yg org bkn Islam tak kena pun! Ok je kan? ��

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.