Sabtu, 7 Ogos 2010

Makan biskut Famous Amous mulut boleh jadi celupar?

    6:07:00 PTG   12 comments

 Salam..
Sekarang tengah hangat di facebook bercerita pasal seorang minah tudung yang bermulut celupar yang suka menghina sana sini hanya disebabkan oleh biskut. Bila dilihat dari dalam gambar nampak manis dan sopan orangnya, berpewatakan muslimah sejati, tapi sayangnya bila keluarkan statment di laman sosial (facebook) tak beringat pasal sensitiviti orang lain, kalau  syaitan baca statment tu pun boleh samapai menitikkan air mata. Mula-mula wak memang tak ambil port sangat pasal hal ni. Mungkin itu hanyalah provokasi untuk menjatuhkan seseorang dengan mencuri identiti orang lain. Setelah wak sendiri baca komentar-komentar dan melihat picture snap shot yang terpapar dalam facebook baru-lah wak percaya apa yang terjadi.

Biskut punya pasal pun boleh sampai jadi kotroversi macam ni, orang kata kalau terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata terima-lah akibatnya. Yang dihinanya pulak negeri kelahiran wak, Johor Darul Ta'azim memang siap la lepas ni kena maki hamun dengan orang Johor. Masih tak serik-serik lagi dangan peristiwa yang pernah terjadi sebelum ini, di mana seorang blogger menghina kerabat diRaja Johor. Kalau ye pun mengidam sangat nak makan biskut, jangan sampai menghina individu tertentu atau mana-mana negeri yang kita menetap cari makan atau ziarahi. Kalau rasa tak puas hati sangat bila biskut yang kita hajatkan tidak ada di tempat itu, tak perlu nak diheboh-hebohkan dengan kata-kata menghina di dalam laman facebook yang mana semua orang boleh membacanya. Apa nama biskut Famous Amous, wak ingtkan makanan kuda tadi. Diharap empunya diri dapat mengeluarkan keyataan terbuka permohonan maaf kepada seluruh warga Johor di atas segala keterlanjuran perkataan yang diluahkan di dalam laman sosial tersebut.


Moral dari peristiwa ini, wak suka menasihatkan diri sendiri, rakan blogger dan sahabat facebook wak supaya mangambil iktibar dari peristiwa ini, Bagi mereka yang merantau mencari rezeki di tempat orang seperti wak, jagalah segala adab, tingkah laku dan bahasa pertuturan supaya ia tidak menyinggung mana-mana pihak serta membangkitkan rasa marah orang lain. Berkata-lah sesuatu yang baik kepada orang lain kerana setiap apa yang kita luahkan itu mencerminkan keperibadian diri sendiri. Kepada tuan punya diri, insaf-insaflah, khabarnya kamu sedang mengandung, jadi beringatlah takut nanti terkanan dengan caci maki dan sumpah seranah oarang johor..Sedapnya dapat peluk bantal...





Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
12 ulasan:
Write comments
  1. tak pasal2 org kutuk kulim. kulim ni part in kedah. orang kedah terasa ok. pompuan ni pun 1, takat biskus famous amos tu pun nak kecoh. sy sndiri pun tak penah mkn biskut ni. tak kecoh pun.hahaha.

    BalasPadam
  2. perempuan ni x prnh dgr kut peribahasa "dimana bumi dipijak di situ langit d junjung..
    pengajarannya jg kata2 dan tingkah laku bila d tmpat org..
    bergurau apanya bila guna perkataan hina..geram tul la dgn minah ni..

    BalasPadam
  3. Selagi kita bertuduh di bawah awan yang sama, menghirup udara yang sama,dan berkongis sinaran mentari yg sama..berbaik-baiklah sesama manusia. Setiap perkara yg baik dan buruk kita lakukan pasti akan diberi ganjaran dan balasan satu hari nanti..

    BalasPadam
  4. terlajak kata x dpt lah nk d'undur sudah...moga menjadi pengajaran..

    glamer jadi nye minh nih hehe

    BalasPadam
  5. Galmmer dengan sumpah seranah...takde maknenye..

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. patut la mak aku pesan jgn cari bini orang kedah!!! silap pilih dapat bini celupar macam tu mau bergoyang umah tangga selalu... aku bukan boleh tgk org pompuan gini .. tak cabai burung atau cili melaka.. sos cili life (kfc) sumbat ke mulutnya.. sik baik bukan aku jadi lakinya!!!

    BalasPadam
  8. Sos cili thai KFC tak pedas..sedap klu mkn dgn french frise...klu nak bg senyap terus welding or stapler je mulut yg jenis mcm tu

    BalasPadam
  9. Salam Wak..

    Gurau kena jaga,
    Walaupun pada kita itu hanya gurauan, ada yg terasa.

    Gurau kena berpada-pada.
    Kalau tidak, buruk padahnya,
    Bukan sahaja pada diri kita, tapi pada agama dan bangsa.

    irs-hursaini
    irs-hursaini.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Mulut cuma satu sifat menyalurkan apa yang bergolak di hati dan otak manusia. Keceluparan bukan dari mulut sebenarnya tetapi dari otak. Sekiranya produk yang dimakan menghasilkan kimia yang merangsang cara otak berfikir maka mulut akan menyampaikannya. Mungkin bahan kimia atau tindakbalas kimia (Chemical Reactions) dari pemakanan biskut tersebut memberi kesan sebegitu kepada otak seseorang yang menyebabkan tindak balasnya sebegitu.

    Fuyyoooooo.... satu penyelidikan tak berTAUliah tu, wak.

    Nasihat si Bingai: Minumlah air ECPI dengan GTH supaya mampu merangsang sel-sel dalam Central Nervous System (CNF) untuk bertindak lebih seimbang. Nak jadi ahli pegi jer kat blog aku tu. (promote gile gile ni.) hehehehe

    Aku Yang Bingai
    Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

    BalasPadam
  11. salam
    mcm2 pesen org ada
    kalau iya pun mengidam tak perlu le nak cakap bahasa kasar kat org Johor
    aku org Johor der...

    kalau aku jumpa kat Johor mesti aku bg salam pedas kat kau.. mau cuba..??

    BalasPadam
  12. itula jage tutur kate..jgn ikot perasaan je..org len akn nmpak perangai kite macam mane..baik ke busuk hati tu..xsuke bile dia guna perkataan 'hina' tu..isk..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.