Selasa, 10 Ogos 2010

Kupasan santai grand final Gelombang Selamatkan Selangor

    3:04:00 PTG   No comments

Salam
Gelombang selamatkan Selangor  Darul Ehsan telah melabuhkan tirainya untuk pusingan pertama. InsyAllah selepas hari raya ini akan ada pusingan kedua, mungkin arus gelombang yang akan dibawa lebih dahsyat dari gelombang yang pertama. Sama-sama kita nantikan. Selepas ini umat islam di seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puasa. Bagi menghormati bulan Ramadhan alunan gelombang akan diperlahankan untuk seketika bagi memberi ruang kepada diri kita untuk menambahkan amal ibadat disepanjang bulan yang mulia ini.

Tepat jam 4.30 petang wak dah bertolak dari rumah menuju ke tapak lokasi ceramah di Jalan Kebun dengan menyusuri highway KESAS. Walau pun sesi ceramah bermula pada pukul 9.00 malam, memandangkan wak tak biasa dengan jalan-jalan di kawasan Klang dan tidak pernah sampai ke lokasi ceramah tersebut, wak bercadang untuk bergerak dan sampai awal di sana. Tidak lah sesusah mana untuk mencari tapak lokasi ceramah tersebut. Terlajur dah sampai awal wak membawa keluarga lepak-lapak di Econsave untuk mengelakkan rasa boring.

Setelah selesai menjamu selera, wak terus bergegas menuju ke lokasi ceramah. Pergerakan lalu lintas pada malam tersebut lancar tanpa sebarang kesesakkan, terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas yang mengawal  di sepanjang jalan pada malam itu. Melangkah masuk ke tapak ceramah, wak telah disapa oleh penjaga kaunter persebelahan jalan masuk sambil bertanyakan sudah mendaftar sebagai pemilih ke belum. Sebelum ini pun wak memang bercadang hendak mendaftar sebagai pemilih tapi masa sahaja yang tak mengizinkan, kebetulan malam tu kaunter pendaftaran SPR dibuka, ambil peluang daftar terus di situ juga. Jimat masa wak, kalau tidak asyik kena potong gaji sebab masuk lambat bila ada urusan rasmi di luar.

Wak puji usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk mencari pemilih baru. Dan usaha seperti ini seharusnya diperluaskan dari masa kesemasa dan tidak tertumpu hanya apabila ada ceramah-ceramh politik sahaja. Wak percaya setiap bahagian masing-masing dalam UMNO ada unitnya tersendiri untuk mencari daftar pemilih baru. Ramai lagi di luar sana yang masih belum mendaftar sebagai pemilih yang sah. Masing-masing mengambil pendirian tunggu dan lihat walaupun mereka pro pada kerajaan.

Atas nama perjuangan, walaupun sebelum ini tidak pernah bersua muka hanya sekadar berinteraksi di alam maya, tak sangka wak dapat berjumpa blogger hard core seperti GAP dan blogger Gerakan Timur (Kalam Timur), wak memang follower dia orang sejak tamat PRU 12 di mana menyaksikan beberapa negeri berpindah tangan pada pembangkang. Dari situ-lah wak mula-mula minat dalam bab-bab politik tahan air. Memang sempoi walau baru 1st time jumpa.Memamg penat habis malam tu. Orang yang datang masing-masing nak dengar ceramah, wak pulak sibuk kejar anak lari ke hulu ke hilir. Bikin rosak wak punya program betul.

Suasana malam makin hangat dengan ketibaan Dato Sri Khir Toyo selaku ketua pembangkang negeri Selangor dan merupakan penceramah pertama diikuti Dato Sri Noh Omar selaku penceramah kedua dan akhir sekali Senator Ezam Mohd Nor membuat finishing bagi menutup tirai sesi ceramah grand final gelombang selamatkan Selangor Darul Ehsan. Wak tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut inti pati keseluruhan ceramah tersebut atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, faham-faham je lah kalau bawa anak kecil pergi dengar ceramah macam ni, tak senang duduk dibuatnya. InsyAllah sahabat blogger GAP dan Gerakan Timur akan mengulas lebih lanjut lagi segala hujah-hujah yang disampai semasa sesi ceramah tersebut.


Tahniah wak ucapkan kepada barisan hadapan Selangor kerana berjaya mengegarkan pentas ceramah dengan hujah yang bernas dan berfakta.Terima kasih juga kepada juak-juak PR  yang sudi mendegar dan memerhati walau terpaksa menyorok dalam gelap, dalam kereta serta di bawah pokok sambil gelak ketawa. Harap-harap upah yang dibayar berbaloi walau terpaksa bergelap besama nyamuk ades, wak nak pesan besok jangan lupa pergi kelinik kerajaan untuk buat ujian darah, mana la tahu terkena wabak denggi. Pada tarikh dan malam yang sama juga berlangsung ceramah perdana selamatkan DAP di stadium Kajang. Wak pun tak pasti berapa ribu manusia yang hadir menganga mulut menadah air kencing para pemimpin mereka. Tak sempat wak nak tinjau-tinjau keadaan di sana, harap tiada yang berbau hancing lepas ini. Jangan marah, nanti kena jual.
JOHOR bila lagi..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.