Khamis, 2 September 2010

Malaikat landing atas Kaabah!!..Sungguh mengarut betul Video klip ini

    1:11:00 PG   5 comments


KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.
Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.

Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.

Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut. Baca seterusnya di Harian Metro

Wak J say

Dalam bulan Ramdhan yang mulia ini masih ada lagi 'SAYITAN' yang terlepas dari belenggu untuk memperdayakan umat Islam di seluruh dunia dengan terbitnya satu video klip yang mendakwa Malaikat mendarat di atas Kaabah. Mula-mula wak tengok video klip memang berasa kagum dengan penghasilan video tersebut, wak kagum bukan sebab cerita pasal Malaikat turun di Kaabah tapi tipu daya yang dihasilkan untuk mangaburi mata dan pemikiran orang islam melalui teknik visual tersebut.

Sudah bebrapa hari video klip ini dimainkan di Facebook, ada juga segelitir daripada kita terpesona dengan video klip dan percaya Malaikat betul-betul turun atas Kaabah. Ada juga dikalangan Facbookers yang memasukan video tersebut di halaman mereka. Wak harap mana-mana facebookers yang sudah Tag video ini sila buang atau remove dari facebook anda.

Peringatan untuk diri wak dan sahabat-sahabat yang lain, jangan mempercayai perkara sebegini bulat-bulat kerana tipu daya sayitan tidak akan tamat sehingga hari kiamat. Bagi mereka yang percaya video klip ini segera lah bertaubat..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. saya pun dah tengok video tu wakk..
    memang mengarut walaupun rasa seram tu ada tapi mmg tak layak nak samakan dengan malaikat..

    sebab saya ingat sepotong ayat Al-Quran kata:
    "jika jibril membuka sebelah sayapnya maka gelaplah dunia"

    jadi saya tahulah yg malaikat tu sgt2 besar..klu video ni cahaya kecik je..
    lepas tu duduk pulak..
    tak logik..

    BalasPadam
  2. awal2 masa kuar hrtu mmg dh tau dh ada org nak main2kn isu ni...agk2 la nak nmpk malaikat..mmg syaitan bertopengkan manusia sape yg bt video tu

    BalasPadam
  3. kerja orang2 yang nak memesongkan akidah org Islam

    BalasPadam
  4. ada jugak tengok video ni...

    mase mula2 tengok seram gak rasa...

    tapi bila pikir balik...xkan senang2 je imej malaikat dapat dirakam dengan guna videocam je..

    BalasPadam
  5. ni lah cara yahudi mensyirikkan kita umat islam.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.