Isnin, 23 Ogos 2010

Nik Ajis atau Karpal Singh? Siapa langkah siapa dulu..

    3:48:00 PG   2 comments


KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata, suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata, ia adalah sesuatu yang sukar.

"Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya.  Sumber SINAR HARIAN

Wak J say

Sekali lagi DAP mengambil pendirian menolak undang-undang HUDUD yang dibawa oleh PAS melalui Karpal Singh yang juga merupakan pengurusi DAP kebangsaan. Wak pun tidak tahu kenapa si Nik Ajis masih tidak faham-faham dengan perangai DAP ini yang secara terang-terangan menolak undang-undang Islam supaya tidak dilaksana di negara kita ini. Wak percaya terdapat ramai ahli bawah-bwahan PAS tidak bersetuju dan makan hati dengan pendirian si anak Singh ini. Oleh sebab takut durhaka pada Nik Ajis dan tidak dapat masuk syurga PAS, terpaksalah didiamkan sahaja isu ini.

"Langkah mayat aku dulu" itu lah kata yang terhabur dari mulut Karpal Singh terhadap PAS semasa mencadangkan undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia. Agaknya cuma Nik Ajis sorang sahaja yang tidak paham apa  maksud yang cuba disampaikan oleh anak singh ini. Macam-macam pujian diberikan oleh Nik Ajis kepada DAP dan Karapal. Contoh pujian yang paling kelakar sekali, bila mana Nik Ajis memuji dada Karpal ada bulan. Sebabnya DAP sudah mula boleh menerima PAS dalam keadaan sekarang ini.

Tak habis-habis dengan suara atau pandangan peribadi. Itu lah sahaja yang Nik Ajis tahu. Mugkin sebab nak cover isu HUDUD yang dimainkan oleh Karpal demi menjaga hati para lembu-lembu PAS. Bukannya kita tidak tahu suara DAP hanya boleh disampaikan melalui beberapa orang taiko besar yang ada di dalamnya seperti anak beranak Lim dan Anak beranak Karpal Singh. Selain dari itu hanyalah suara-suara nyamuk untuk membingitkan telinga.

Bila hati sudah hitam legam dan keras macam batu, walau sejuta penerangan yang diberi kepada pemimpin DAP berkenaan HUDUD ini, mereka tetap menolak HUDUD, bukan sebab mereka ini tidak faham atau kurang jelas, tetapi disebabkan dalam hati mereka ini penuh kebencian terhadap Islam dan oarang Melayu serta demi menjaga kelangsungan parti politik mereka supaya ia terus relevan dikalangan penyokong yang bukan Islam.

PAS sebanarya takut untuk bersuara lantang dalam isu HUDUD seperti mana yang kita tahu dahulu sebelum PAS berpeluk cium dengan DAP dan PKR, setiap kali pilihanraya isu HUDUD pasti akan didendangkan seperti lagu dendang perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramli bila setiap kali tiba musim hari raya. Setelah tercabutnya trademark Negara Islam dan bertukar kepada Negara Kebajikan (Wallfare Country) pada pilihanraya lepas, perjuangan PAS semakin terpesong jauh dari landasan sebenar untuk menegakkan negara Islam bertukar kepada membangun bersama DAP. Akibat kesedapan bersetubuh dengan DAP dan PKR untuk menghancurkan UMNO, menjadikan PAS lupa terus terhadap perjuangan asalnya.

Wak harap selepas ini PAS dan lembu-lembunyanya tidak perlu memainkan isu HUDUD bila setiap kali menjelang pilihan raya, Cukup-cukup-lah menjual agama demi mencapai matlamat sempit PAS itu. Islam tidak akan dipandang tinggi selagi umat di dalamnya tidak bersatu padu. Persoalanya di sini..Mahukah PAS bekerjasama dengan UMNO dalam membincangkan bab akidah dan agama Islam, tanpa meletakkan sebarang syarat oleh kedua-dua belah pihak? Fikir-fikirkan...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. bosan dengan cerita politik kat Malaysia nih. kenapa asek isu agama yg jadi modal

    BalasPadam
  2. Wak!! den sedekah piang emas sesikat kat masjid KLCC kalau PAS tak mainkan isu HUDUD dalam PR yg akan datang.. dah tak de isu lain diorang nak mainkan.. golongan lemah fikiran je yg percaya HUDUD yg PAS perjuangkan akan terlaksana bila PAS memerintah!!!!....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.