Isnin, 23 Ogos 2010

Sayitan jenis apakah yang berkelakuan sebegini di bulan Ramadhan?

    12:49:00 PG   6 comments


REMBAU: “Sayu hati saya apabila kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa ketika saya memeriksanya,” kata seorang pengawal keselamatan yang menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun di sebuah pondok menunggu bas di Kilometer 14 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir, di sini, semalam.
.
Menceritakan kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Mohammad Som Adlan, 62, berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja, namun perjalanannya disekat sekumpulan pelajar sekolah yang dalam keadaan cemas dan mereka memaklumkan ada kanak-kanak ditinggalkan di kerusi di pondok menunggu bas.

“Saya terus ke pondok itu dan mendapati seorang kanak-kanak yang lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala berada dalam keadaan terbaring di atas kerusi. Selepas memeriksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa. Saya kemudian memaklumkan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, sepasukan polis menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan lanjut.Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia tidak lama sebelum dia ditemui pelajar di pondok menunggu bas itu.“Polis menemui kesan lebam pada kepala, muka, mata dan belakang badan kanak-kanak itu,” katanya.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Harian Metro 

Wak J say

Salam,

Macam dah lama rasanya wak tak update blog, bebrapa hari ini wak terlalu sibuk, kerja berlambak-lambak yang perlu disiapkan. Sejak kebelakangan banyak isu-isu panas yang melanda negara kita tanpa mempedulikan sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan 1001 keinsafan.

Sedih dan sayu rasa hati bila wak terbaca Harian Metro semalam berkenaan isu dera dan bunuh bayi yang berlaku di Rembau, Negeri Sembilan.Tidak sempat wak nak mengulasnya semalam disebabkan kekangan waktu, Bertanya dalam hati wak, ibu bapa jenis apakah yang sanggup melakukan hal sedemikian terhadap anak mereka yang masih kecil yang tidak tahu apa-apa tentang erti kehidupan.Bayi tersebut bukan sahaja dibuang malah didera sekali berdasarkan kesan lebam yang terdapat pada mayat bayi tersebut.

Nampaknya kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini bukan lah penghalang kepada segelintir manusia yang berperangai serta bernafsu syitan daripada melakukan perkara-pekara yang di luar batasan sebagai seorang manusia. Wak berharap ahli-ahli parlimen di Malaysia bersepakat untuk mewujudkan satu rang undang-undang serta hukuman yang lebih berat seperti hukuman mati ke atas mereka-mereka yang mendera, membuang dan membunuh bayi. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan iktbar kepada semua ibu bapa yang ada di Malaysia serta bagi mereka yang bakal menjadi ibu bapa, sayangilah zuriat anda.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. SALAM WAK..Nak kata tertinggal anak tu ketika naik bas tak logik pulak.Maknanya saja ditinggalkan tapi apa pula sebabnya.Bayi yg dah berusia setahun bukan baru lahir..Hai entahlah apa nak jadi dengan umat manusia yang semakin zalim..

    BalasPadam
  2. Salam Udanggalah..

    Wak harap ibu bapa kepada anak ini akan disambar petir..geram betul wak dibuatnya

    BalasPadam
  3. Syaitan yang dididik oleh syaitan yang lebih alim....

    BalasPadam
  4. WJ: mmg manusia yg bertopengkan syaitan yg buat keja jahat mcm tu! tak patut wujud manusia mcm tu kt muka bumi ni.....

    BalasPadam
  5. Kita kembali kezaman jahilliah.Alim pada kulit hati dendam membara.Mari kita cari siapakah diaaaaaaaa?

    BalasPadam
  6. wak,

    setan tu memang dah ada dalam diri, tak payah tunggu posa kata setan tu di ikat, tp originally dalam diri.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.