Ahad, 29 Ogos 2010

PAS: Akibat berjanji dengan sayitan

    12:51:00 PG   4 comments



KOTA BHARU - Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) pada Disember 2009.

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Pas juga perlu bergantung kepada kerusi dua pertiga di Parlimen selain sokongan Ahli Parlimen lain sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan berkaitan undang-undang.

“Perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukuman hudud di antara Pas dan DAP hanyalah berasaskan impian politik masing-masing. Saya sudah jelaskan berapa kali, saya tidak tolak. Saya kata prosedurnya tidak betul. Dalam kes ini isunya di antara DAP dan Pas.

“Saya hanya boleh bagi nasihat. Saya bukannya Ketua Pakatan. Saya cuma koordinator (penyelaras). Cuma saya nak perjelaskan kita telah pun dalam dasar bersama yang ditandatangani pada Disember 2009.

:“Ketiga-tiga parti telah mengiktiraf perlembagaan kita sebagai undang-undang kukuh dan atas landasan itu kita bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut Perlembagaan Negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir pada majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada orang kurang upaya (OKU) di Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam. Sumber Sinar Harian  

 
Wak J say

Kali ini Hudud confirm tidak akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat sekiranya dapat mengambil alih kerajaan pada masa akan datang. Berdasarkan kenyataan Zaid Ibrahim selaku penyelaras dalam PKR tersebut, ia telah menamatkan segala impian PAS yang selama ini berangan-angan  untuk melaksanakan Hudud bersama pakatan rakyat di Malaysia.

Baru-baru ini Karpal dan Kit Siang menolak perlaksanaan Hudud, kini tiba giliran orang melayu paling libral dalam PKR pula bersuara menolak Hudud, atas alasan prosedur perlaksanaan hudud tidak betul serta ketiga-tiga parti politk tersebut telah membuat perjanjian dasar bersama. Ketika dalam UMNO, orang yang sama juga lantang menentang Hudud yang dibawa oleh PAS pada masa itu. Setelah ditolak UMNO dan menyertai PKR, kini orang yang sama juga menentanya tapi dalam nada yang lebih ringan sedikit sebab ingin manjaga hati Nik Ajis dan lembu-lembu PAS yang lain.

Tunggu lah bila mana Anuar Ibrahim kembali ke habitat asalnya iaitu penjara Sungai Buluh, maka segala taring, tanduk dan ekor yang disembunyikan oleh Zaid selama ini pasti akan keluar. Wak harap Nik Ajis masih panjang umur pada masa itu untuk melawan segala puaka-puaka yang besarang dalam Pakatan Rakyat.

Inilah akibatnya apabila PAS bersahabat dan membuat perjanjian dengan sayitan dan iblis. Dalam Islam telah mengingatkan kita jangan seskali bersahabat atau membuat perjanjian dengan dua makhluk lakhnat ini, kelak diri akan merana. Kepada kepala yang paling besar dalam PAS, Nik Ajis dan pengikut totoknya semoga dapat bermuhasabah diri, buang segala persaan ego dan bongkak yang sekian lama tersemat dalam diri. Kembali lah ke landasan perjuangan anda yang sebenar. Jangan ditolak mentah-mentah salam perpaduan yang dihulurkan sesama Islam disebabkan oleh kepentingan politik sempit sesetengah individu sama ada dalam PAS atau UMNO.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak..PAS tak nak bersatu dengan UMNO dan BN sebab tak terima Negara Islam dan hudud Pas..kini DAP dan PKR terima ke?

    BalasPadam
  2. Salam Udanggalah

    Yang pasti sampai kiamat pun DAPig dgn PKR tak boleh terima hudud yang dibawa oleh PAS

    BalasPadam
  3. Sebab itulah jika hendak mendirikan undang-undang Islam seperti Hudud dan sebagainya hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. Bukan kerana politik dan jawatan PM, MB dan ahli Parlimen.

    Kalau perjuangan ikhlas kerana Allah, memang akan terlaksana. Kemudian jangan memilih jalan yang salah seperti berkawan dengan Syaitan untuk menegakkan negara Islam, confirm akan ketawa besarlah Syaitan.

    Kepada Ulama Politik seperti N Ajis, berjuanglah kerana Allah bukan kerana politik. Ulama yang ikhlas kerana Allah adalah ulama pewaris nabi, bukannya politik.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya undang-undang Hudud boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melalui BN. Contohnya, hukuman-hukuman sedia ada boleh ditambah satu persatu seperti hukuman rotan, penjara dan gantung. Kalau dulu karpal sendiri menentang Hukuman Gantung tetapi setelah melihat isu pembuangan/kematian bayi dia sendiri mengesyorkan hukuman mati.

    Hukuman rotan boleh ditambah terutama bagi mereka yang terlibat dengan penzinaan. Kalau sekarang hanya 10 rotan, hukuman itu boleh ditambah 20 rotan, 30 rotan dan seterusnya 100 rotan walaupun kes semakin berkurangan.

    PAS tidak perlu PR untuk hukuman hudud tetapi hendaklah meminta parlimen menggubal satu-satu hukum itu dari masa ke semasa mengikut keadaan kerana keadaan memberikan alasan yang kuat untuk hukuman itu dilaksanakan. Ianya tidak boleh dilakukan serentak di negara yang berbilang kaum seperti kita kerana kita telah bermula dengan undang-undang British terlalu lama.

    Dan undang-undang hudud itu juga tidak harus dilaksanakan terhadap orang Islam semata-mata tetapi hendaklah merangkumi semua rakyat di negara ini.

    Aku tak fikir Karpal akan menentang sekiranya hukuman ke atas orang yang berzina, rogol ditambah kerana ini membantu mengurangkan aktiviti seks bebas dan pelacuran. Begitu juga hukuman mati kepada mereka yang membuang bayi sehingga mati.

    Aku Yang Bingai
    Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.