Ahad, 29 Ogos 2010

Siapakah jembalang upahan yang menjadi dalang di Indon?

    6:50:00 PG   3 comments


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, tindakan kumpulan nasionalis Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan upahan bagi mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak terperangkap dengan mainan politik seumpama itu yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak tertentu.

"Itu tujuan mereka, mereka nak kita marah dan akhirnya merenggangkan hubungan dengan Indonesia... jadi kita jangan terperangkap dengan mainan ini.

"Kita mesti bezakan bahawa ini merupakan tindakan kumpulan upahan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan Indonesia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi(MT) Umno di sini, Jumaat. Sumber Mstar Online

Wak J: Beberapa hari ini kita dihangatkan dengan berita dari seberang laut. banyak hal-hal yang kurang enak didengari terjadi.Setelah sekian lama negara kita Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Indonesia. Hari ini ada pula tangan-tangan jahat yang cuba untuk mengeruhkan keadaan yang sudah sedia lama terjalin atas dasar semangat setiakawan dan serumpun.

Siapa dalang itu? wak pun tak pasti, sama ada ia berasal dari Malaysia atau datang dari kalangan rakyat tempatan Indonesia. Wak lihat situasi yang terjadi sekarang ini amat tidak baik kepada kedua-dua belah pihak kerana kita saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Misalnya terdapat ramai warga indonesia yang bekerja  mencari rezeki di sektor pembinaan dan perladangan dalam negara tidak kira sama ada secara sah atau haram. Tak lupa juga buat pelabur-pelabur dari Malaysia  yang datang melabur di Indonesia. Sekiranya keadaan ini tidak terkawal ia akan menjejaskan hubugan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Adakah puak-puak dari Indonesia ini pernah terfikir  bahawa terdapat ramai sahabat atau kaum keluarga mereka yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki. Tindakan mereka ini ibarat mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka. Pastinya mereka yang bekerja di Malaysia berasa susah hati dengan keadaan yang berlaku ini. Mereka bimbang rakyat Malaysia mengambil tidakan yang serupa dengan memboikot pekerja Indonesia yang sudah lama berkerja di sini.

Kepada dalang tersebut berhentilah daripada membuat provokasi sebegini yang hanya akan merugikan negara sendiri dan punca rezeki orang lain. Buat wakil rakyat yang bermulut celupar kurang-kurangkan tabiat buruk anda. Kalau ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pemerintah yang ada pada hari ini, tidak perlu lah mencipta persepsi buruk terhadap Malaysia pada dunia luar. Tidak kira kerajaan mana sekali pun yang memerintah Malaysia sama ada BN atau PR setiap tanggapan buruk yang dicipta itu pasti akan memberi kesan kepada negara kita Malaysia yang dicintai ini. Lain lah kalau individu tersebut mempunyai dua kerakyatan atau dua tempat tinggal, tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan orang lain. Bagi anda yang menganggap Malaysia ini sebagai tanah tumpah darahnya, jaga-lah ia sehabis baik dari dibinasakan oleh anasir-anasir jahat yang datang dari dalam dan luar, kerana mereka ini amat mencemburui keharmonian yang kita kecapi sekarang.

Pesanan wak kepada si anak yang bermulut celupar, berhentilah berharap bahawa anda akan menjadi anak kepada perdana menteri Malaysia. Untuk si bapa yang yang mendapat gelaran pengkhianat negara dan Al Juburi (mat sabu yang cakap) usah lah bermimpi menduduki kerusi empuk di Putrajaya kerana tilam busuk yang anda sayangi sedang menanti di Penjara Sg Buluh..Wak akan pastikan..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Kecik aje budaknya. Tapi boleh tahan, ada power. Kalau budak kecik macam ni pun ada power, orang tua mesti ada power tibai depan belakang.

    Dr M kata yang tunjuk perasaan tu orang-orang bodoh yang tidak berpelajaran.

    Selain penangkapan pegawai kerajaan mereka, mereka juga menghimpunkan dengan dakwan mereka yang terdahulu. Jika satu 2 kes penganyayaan pembantu rumah oleh rakyat Malaysia, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang di rompak, di bunuh di rogol oleh rakyat mereka yang merempat di sini? Pembantu rumah itu telah pun mendapat pembelaan keadilan undang-undang negara Malaysia. Bagaimana pula dengan keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia yang tidak dapat kita kesan dimana mereka berada?

    agbr47: Akibat terkongkong dalam tempurong.

    BalasPadam
  2. Salam bro, setuju dengan komen agbr47.... kalau nak kira rakyat Indon yang dikatakan terseksa di Malysia, golongan mana yang banyak buat penganianyaan.... bukan Melayu pun... tapi yang banyak teranianya di atas perbuatan warga Indon adalh kalangan Melayu, mana anak dara di bawa lari, bunting, rompak, rogol dan macam-macam lagi, tak de pun rakyat Malaysia buat demo kat kedutaan mereka...

    Kawan hurmati warga Malaysia yang lebih matang berfikir dari bertindak bagai manusia tidak bertamadun...

    BalasPadam
  3. ada ongkos semuanya jadik!!! bilang aja mau bikin apa pak.. bakar bendera... baling najiz... bahkan mau potong kepala pon boleh.... bilang aja pak.. tapi ongkosnya perlu la disiapkan dulu..... perut mau diisi...!!!! kerja engak ada....

    cewek malaysia ganteng2 aja!!!!

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.