Isnin, 30 Ogos 2010

Selepas Eli Wong,,,kini giliran Nie Ching dapat rasa sosej lembik PAS

    3:34:00 PG   1 comment


KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya. Sumber Harakah Daily


Wak J say

Berdasarkan kenyataan Nik Ajis di atas, wak bersetuju degan pendapat beliau. Memang pada zaman Nabi semua perkara yang disebutkan  itu berlaku. Dan teramatlah bagus apa yang Nabi buat itu menjadi ikutan kita yang pada zaman ini kerana Sunnah Nabi itu relevan sepanjang zaman dan baik untuk dijadikan panduan. Wak percaya sekiranya Nabi junjugan kita masih hidup sampai sekarang sudah pasti dunia ini akan aman dan damai tanpa sebarang kacau bilau.

Mungkin Nik Ajis sudah terlupa dizaman mana dia berada sekarang. Realitinya di sini zaman sudah berubah, cabaran untuk umat akhir zaman juga semakin berat dan mencabar, kita juga diingatkan dalam Al-Quran tentang fitnah akhir zaman yang amat dahsyat. Dalam hal ini Nik Ajis tidak boleh selalu membandingkan situasi terdahulu dengan situasi yang berlaku sekarang ini untuk membela rakan mereka yang kafir dalam Pakatan.

Kejadian mengundang ahli politik atau orang yang bukan islam bertandang masuk sampai ke dalam ruang utama masjid dan surau merupakan satu perkara yang kurang manis dan tidak elok, tidak kira atas niat apa sekalipun mereka ini berada di masjid atau surau samada ingin menyampaikan sumbangan atau hal-hal lain. Kesucian masjid atau surau sebagai tempat beribadah haruslah di jaga. Jika sesuatu perkara yang di lakukan itu boleh mendatangkan fitnah dan cakap-cakap orang, seloknya ia ditegah daripada diteruskan demi menjaga sensitiviti umat islam. Kalau mereka ini teringin sangat mengadakan program-progaram amal di masjid atau surau, cukuplah sekadar diadakan di luar perkarangan masjid, tidak perlu sampai ke dalam. Yang penting matlamat yang hendak disampaikan tercapai.



Sebelum Selangor ditadbir oleh PR tidak pernah kejadian seperti ini berlaku sehingga sampai membangkitkan kemarahan dan kemurkaan Sultan serta umat islam. Menteri besar yang ada sekarang ini nampaknya kurang menerapkan nilai-nilai murni islam dalam pentadbiran beliau.Segala hal yang berkaitan degan agama diletakan ke atas bahu seorang Exco untuk mengurskan. Sebagai menteri besar yang beragama islam tidak sepatutnya ia melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Jangan terlalu asyik memikirkan tentang keuntungan pasir yang bakal dikaut nanti. Macam-macam hal pelik berlaku di Selangor Darul Ehsan semenjak berada di bawah Pakatan Rakyat.

Nampak gayanya  PAS sebagai rakan seketiduran dalam PR, gagal untuk mentarbiah rakan-rakan mereka yang bukan beragama islam tentang kesucian serta adab-adab dalam islam yang perlu dipatuhi. Kalau perkara sebegini pun PAS tak dapat nak laksanakan alamatnya islam dan hudud yang cuba dibawanya pasti tidak akan tercapai apabila menjadi pemerintah pada masa akan datang. Kita sebagai orang islam jangan mudah terpengaruh atau percaya dengan apa jua tidakan orang politik seperti ini, lagi-lagi mereka yang bukan beragama islam kerana setiap perkara yang mereka lakukan pasti ada niat tertentu yang kita sendiri tidak pasti samada baik atau buruk.

Wak memang tidak bersetuju soal agama dicampur adukan dengan politik, nak-nak lagi pada akhir zaman. Biarkan orang politik dengan kerja mereka. Tokoh agama dan ulmak pula menjalankan perananya sebagai penyeimbang dan penegur kepada pemimpin-pemimpin politik tersebut. Pada pandangan wak cara yang digunakan oleh PAS untuk menegakan negara Islam bawaan mereka melalui politik pasti tidak akan memberikan impak yang besar. PAS sering menggunakan alasan agama untuk mencapai matlamat politik mereka, banyak fatwa-fatwa yang mengelirukan keluar dari mulut wali terompah yang selama ini menjadi pengangan ahli-ahli PAS. Apabila soal agama bercampur dengan kuasa politik, wang ringgit, tender, kroni dan lain-lain lagi sudah pasti martabat Islam itu akan jatuh serendah-rendahnya...ALLAH MAHA BESAR!!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Zaman Nabi berlakunya lelaki tapi sekarang berlaku seorang perempuan cina yang tidak suci dari mandi hadas. Mana ada seorang perempuan kafir memberi taskirah. PAS dah gila

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.