Buka je peti surat semalam terjumpa satu sampul surat yang tertulis Urusan Sri Paduka Baginda. Dalam hati, wak dah boleh agak apa isi yang terkandung dalam dalam sampul surat tersebut. Fuhhh!! memang betul sangkaan wak, terdapat sekeping Cek di dalam, tersenyum lebar sampai ke telinga dibuatnya apabila melihat jumlah yang tertulis di atas check tersebut, lepas untuk buat persiapan hari raya dan simpan sikit dalam saham KPF Felda
Sebenarnya duit tersebut bukan lah bonus hari raya yang diberikan oleh kerajaan seperti yang diwar-warkan dalam surat khabar atau tv. Duit ini datang dari cukai yang wak terlebih bayar tahun lepas. Masuk ni dah kali kedua wak terima cek yang serupa. Walaupun proses pemulangan duit tersebut lambat tapi bila cek itu sampai pada tangan tunya memamg kena pada masanya. Kalau siapa yang sesak-sesak tu boleh-lah bernafas kembali. Terdapat juga pembayar cukai yang telah menerima duit lebihan cukai mereka awal kerana jumlah duit yang dipulangkan dalam sekitar RM200 atau RM400 sahaja,nak buat semakan pun mudah. Siapa yang ada lebihan cukai banyak, faham-faham je lah kenapa kita punya duit dapat lambat, kadang-kadang ada juga dari kalangan pembayar cukai ini suka menipu bila bab-bab duit sebab tu LHDN kena buat semakan betul-betul dan ambil masa yang lama sebelum memulangkan kembali duit kita.
Apa-apa pun wak nak ucapkan jutaan terima kasih pada pihak LHDN kerana telah melaksanakan tanggungjwabnya dengan berkesan. Kepada anda yang malas nak isi borang BE sebelum ini, rajin-rajinkan diri untuk mengisinya pada tahun hadapan. Mana lah tahu ada cukai-cukai terlebih bayar yang selama ini kita terlepas pandang akibat dari sikap malas diri sendiri. Kalau kita rajin selidik borang tersebut banyak pelepasan cukai atau keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada pembayar cukai di Malaysia. Buat pembayar cukai yang telah menerima cek masing-masing semalam atau dalam minggu ini, hari raya ini boleh lah kita berjoli sakan..... Wak Kayooooooo!!!!
salam wak..duit raya boleh bagi lebih la ye?? hehehe
BalasPadamsalam
BalasPadamInsyAllah boleh dpt duit raya lebih..mai la dtg rmh bwak anak2 bersama
Salam
BalasPadamBoleh la buat rumah terbuka thn nie ye wak??
Mama
BalasPadamboleh saja klu nk buat rumah terbuka..tp kena masuk ikut tingkap la..
bestnye wak..nak duit rayaaaaa!ngehehehe!
BalasPadam