Sabtu, 18 September 2010

Pertandingan mari memasak dalam Pemilihan PKR

    6:37:00 PG   2 comments


KUALA LUMPUR 17 Sept: Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Datuk Zaid Ibrahim mahu perebutan jawatan pada pemilihan parti itu November ini berlaku atas semangat setiakawan dan mengelekkan sebarang ketegangan.

Beliau yang juga salah seorang yang mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR berkata, suasana tegang hanya akan menyulitkan penyatuan di antara anggota parti tersebut.

Beliau merujuk kepada trend calon yang menumumkan akan bertanding jawatan dalam parti yang turut menyiapkan 'geng' sokongan.

Menurutnya, perkara tersebut tidak bercanggah dengan perinsip demokrasi namun jika tidak dikawal mampu menimbulkan ketegangan.

"Semua orang (ada) berkata, yang hendak bertanding dalam pemilihan kali ini, janganlah sampai menyusahkan parti.

"Jadi kalau kita tunjuk sangat kita kuat, kita tunjuk kita punya 'geng', ini akan merumitkan penyatuan, " kata Zaid yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat


Wak J say


Kalau dah adat pertandingan untuk merebut jawatan yang akan membawa kita ke puncak kuasa, tak adanya nak buat secara Friendly Contest. Walaupun secara luaran nampak macam teman dan mesra tapi hakikatnya di belakang, penuh dengan segala hasad dengki dan iri hati serta politik wang . Lagi-lagi buat calun-calun yang ber-wang macam Bung Zaid dan Bung Azmin. Wak nak ingatkan pada Bung Zaid yang bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali nanti. Jawatan yang hangpa nak lawan nanti tu bukan jawatan penolong ketua darjah atau penolong chef di dapur sebaliknya jawatan timbalan presiden yang akan bergandingan Kak Jijah bila dah menang nanti.

Yang pastinya dalam pemilihan PKR nanti akan ada dua team sahaja berentap merebut jawatan Timbalan Presiden. Team yang menyokong Azmin Ali dan team yang menyokong Zaid Ibrahim. Wak lihat saingan yang diberikan nanti adalah seimbang. Kedua-dua calun ada peluang untuk menang bergantung pada berapa banyak duit yang akan ditaburkan kepada para perwakilan yang akan mengundi nanti.

Adegan kuali dan piring terbang akan menyusul dalam dapur PKR. Sama-sama lah kita saksikan. Dalam pemilihan PKR kali ini, wak menyokong Azmin Ali sebagai calun yang layak untuk memegang jawatan timbalan presiden PKR...GO..GO..GO Azmin...Caya lah..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak,

    Blog anda juga dilink kan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam wak...
    Kalau saya diminta menjadi pengadil pertandingan masakan tu....saya rasa tak tergamak saya mencicipi masakan mereka untuk mengadili....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.