Sabtu, 18 September 2010

Majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Kerajaan Langit petang ini?

    12:07:00 PG   No comments


JERING DAILY
Oleh Wak Petai

PUTRAJAYA 17 Sep : Setelah berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam, melalui adegan aksi lompat katak oleh beberapa orang ahli parlimen dari BN, Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anuar Ibrahim dan rakan sekutu PR iaitu PAS dan DAP akhirnya telah berjaya membentuk kerajaan yang baru melalui pintu belakang (lubang berak) untuk mengambil alih Putrajaya. Ungkapan "We have the numbers" yang sebelum ini menjadi ejekan oleh media pro BN dan Blogger yang mesra kerajaan, kini telah menjadi realiti fantasia bulan mengambang seperti simbol bulan yang terdapat pada bendera PAS.

Desas desus yang sedang hangat bertiup kencang pagi ini, menjangkakan selepas solat jumaat petang ini akan diadakan satu upacara majlis angkat sumpah bagi menetukan barisan kabinet dapur baru yang sah di Istana Negara Kerajaan Langit (Ayah Pin). Beberapa sumber mendakwa bahawa majlis angkat sumpah tersebut (bukan sumpah MUHABALAH kes liwat) akan diketuai oleh Anuar Ibrahim selaku Perdana Manteri Kerajaan Langit yang baru bagi menggantikan Dato Sri Najib Tun Abd Razak. Kemudian dikuti oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang serta diikuti oleh ahli-ahli kabinet yang lain termasuk kerusi, meja, bangku dan senduk.

Pada malam tadi juga, barisan kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan satu sidang media khas tanpa henti di kediaman Perdana menteri in waiting iaitu Anuar Ibrahim sehingga sekarang ini bagi mencatat sejarah dalam World Book of Record kerana mengadakan sidang media paling lama di dunia. Kesemua barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang hadir pada malam itu kelihatan tersenyum dan ketawa tanpa henti bagi menunjukan rasa gembira dan bangga yang amat sangat setelah berjaya menawan Putrajaya yang menjadi idaman mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kabinet dapur bayangan Pakatan Rakyat yang dibentuk semasa pemerintahan kerajaan BN sebelum ini. Akan dapat direalisasikan pada hari ini setelah selesai sahaja majlis angkat sumpah yang akan diadakan pada petang ini. Pihak JERING DAILY juga difahamkan semalam telah berlaku bebrapa kekecohan yang dilakukan oleh beberapa orang blogger yang mesra BN kerana tidak dapat menerima hakikat kejatuhan kerajaan BN semalam.

Unit Amal Pas kini sedang mengawal ketat di setiap pintu masuk utama depan dan belakang bangunan kerajaan bagi mengelakkan sebarang kekecohan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Seramai 10 ribu petugas amal Pas dikerah macam lembu untuk berkawal disepanjang jalan menghala ke Istana Negara Kerajaan Langit (ayah Pin). Bagi memastikan kelancaran lalulintas dan perjalanan proses semasa angkat sumpah kabinet yang baru nanti.
Kelihatan beberapa bas dan lori yang membawa lembu..eh silap lapor.. maaf..  yang membawa penyokong Pas dan PKR yang tiba awal dan berkumpul diperkarangan masjid Putrajaya bagi meraikan kemenangan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Keadaan lalulintas menghala masuk  ke Putrajaya dari mana-mana arah, dilaporkan sesak sejak subuh tadi. Terdapat kain rentang dan sepanduk gergasi dan raksaksa dipasang di sepanjang jalan bagi menyemarakan lagi gelombang kebangkitan Dajjal!. Laporan penuh akan menyusul petang ini..


TEPAT DARI SUMBER??

*******************************************************************************************

Laporan 16 Sep 2010

Beberapa orang blogger mesra kerajaan telah ditahan dan blogger gomo masih diburu. Baca posting sepenuhnya yang diambil dari blog papa gomo dibawah ini.


Putrajaya 16 Sept : Kira kira 30 ribu ahli Pakatan Rakyat DAP, PAS dan PKR telah berhimpun di Sekitar Putrajaya bagi meraikan kemenangan mereka dalam menawan Putrajaya apabila kerajaan Barisan Nasional yang di terajui Dato Seri Najib tumbang awal pagi tadi.


Mengikut Laporan dari wartawan yang bertugas di lapangan Papa Diva memaklumkan bahawa pejabat pejabat kerajaan pada waktu ini sedang di kepung oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang mana sambil melaungkan "Berambus" kepada semua kakitangan kakitangan kerajaan yang ada di dalam bangunan.


Kereta kereta Menteri, Timbalan Menteri dan juga semua kereta Rasmi kerajaan telah berjaya di rampas oleh para penyokong Pakatan Rakyat malah Lori Najis yang di terdapat di Putrajaya juga berjaya di rampas oleh mereka ini.


Di Hadapan bangunan Utama pejabat Kerajaan Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim di iringi Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden Pas dan juga Lim Kit Siang DAP mengangkat tangan kearah para penyokong mereka sambil melaungkan "Reforbasi" berulang ulang kali sambil di ikuti oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang jumlahnya hampir 10 ribu orang.


Kelibat Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para Menteri serta Timbalan Menteri tidak kelihatan pada masa ini di percayai telah bergegas keluar dari pejabat masing masing apabila Putrajaya berjaya di Tawan Pakatan Rakyat awal pagi tadi.


Laporan juga memaklumkan tedapat segelintir penyokong PAS yang telah berguling guling di atas jalanraya Bagi meraikan Kejayaan mereka menawan Putrajaya.


Kelihatan juga Roney Liu DAP dan penyokong mereka berarak memasuki Bangunan Kementerian Dalam Negeri. Namun sumber tidak dapat mengesahkan apa yang di lakukan oleh beberapa pemimpin DAP dan penyokong mereka di dalam Bangunan tersebut.


Mengikut laporan dari ibu pejabat Bukit Aman, arahan telah di keluarkan awal pagi tadi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua Umum Pakatan Rakyat bagi mengerahkan Pasukan Keselamatan mengkuatkuasakan ISA dengan serta merta kepada mana mana Rakyat yang menentang kerajaan baru Pakatan Rakyat.


Laporan dari Haprakdaily juga memetik bahawa Pihak Polis telah berjaya menahan berpuluh puluh orang Blogger di bawah Tahanan ISA kerana mengeluarkan kenyataan yang menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.


Di antara Blogger Blogger yang di Tahan di Bawah ISA awal pagi tadi:
GAP
Megat Pisau
Parpu Kari
DET
Garam Manis
Panglima Perang Cyber
RBF
Medan Info
Keris Putra
Jefrry Damien

Dan beberapa puluh lagi blogger lain.


Dalam usaha penahanan Blogger di bawah ISA awal pagi tadi juga satu kekecohan berlaku apabila seorang Blogger yang paling di Kehendaki Kerajaan Pakatan Rakyat Papa Gomo telah berjaya melepasi sekatan pihak Polis, Kastam, dan Imigresen dan telah melarikan diri dengan berlepas menaiki pesawat Air Asia menuju ke Bangkok, Thailand.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.