Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri dari Wak J untuk Sahabat..

    3:13:00 PTG   7 comments


Assalammualaikum..Cepat benar Ramadhan meniggalkan kita, kini giliran bulan Syawal pula menjelama.Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada besok hari, Wak ingin mengambil kesempatan  yang ada di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua yang sudi menjelajah blog Wak Jengkol tidak kira walau di mana jua berada. Salam kemaafan wak hulurkan sekiranya disepanjang wak berblog ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau individu. Wak hanyalah munusia biasa yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan Harap dapat dimaafkan yer sempena hari raya ni.

Kepada pemandu, penuggang dan pembonceng kenderaan tak kira kereta , motorsikal atau kenderaan awam, wak ingin mengingatkan diri wak dan sahabat yang lain supaya berahati-hati ketika berada di jalanraya. Memandu lah dengan cara berhemah, pastikan kenderaan anda telah diselenggara dengan sebaiknya bagi mengelakan sebarang kesulitan semasa dalam perjalanan ke destinasi yang ingin kita tujui. Sekiranya rasa mengantuk ketika memandu berhenti rehat sebentar di kawasan rehat yang telah disediakan. Elakan berhenti di kawasan rehat yang sunyi ketika waktu malam kerana ditakuti ada hantu yang sedang menanti..hehehe
 

Malam ini tepat jam 12.00 tengah malam (8hb September) perjalanan pulang ke kampung wak bermula. Wah!! seronok habis ni, tapi esoknya still kena puasa lagi satu hari. Takapa layan..Kepada sahabat blogger yang menuju ke arah selatan tanah air, insyAllah kalau ada jodoh kita bertemu di kawasan rehat Restoran Jejantas Air Keroh. Masa pun dah time nih, tiba masanya untuk bergerak menuju ke tol Kajang. Akhir sekali dari wak semoga hari raya ini merupakan hari raya yang paling bermakna pada anda semua. Kalau nak duit raya, rajin-rajinkan diri datang ke rumah wak. Berhati-hati dijalan raya ingatlah orang yang tersayang serta ketupat rendang, kuah lodeh yang sedia terhidang menanti kepulangan anda. Terima lah lagu raya dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "Dendang Perantau" bagi anda yang duduk merantau seperti Wak..Syahdu gler dengar lagu ni...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..



Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
7 ulasan:
Write comments
  1. salam lebaran... maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  2. salam WJ
    singgah raya kerumah kalau di JOHOR
    ya.. salam lebaran

    BalasPadam
  3. Minal a'eedin wal fa'izin Wak J.

    BalasPadam
  4. dah kembali bekerja ni wak. malasnyaaaa...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.