Khamis, 30 September 2010

RM100: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal tumbang pada PRU13

    11:48:00 PTG   3 comments



Setelah tersiarnya berita pemulangan kembali wang sumbangan sebanyak RM100 oleh warga emas Pulau Pinang di TV3 malam tadi. Bermula lah satu lagi satu episod awal kejatuhan kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP dan rakan sekongkol Pakatan yang lain.

Kini orang melayu terutama sekali penduduk Pulau Pinang telah mula sedar bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan slogan-slogan indah seperti C.A.T (bukan kucing) serta gelaran-gelaran hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang diberikan oleh juak-juak pakatan terutama Pas dan PKR kepada ketua menteri Pulau Pinang sekarang ini, Lim Guan Eng.

Apakah nasib kerajaan negeri Pulau Pinang yang ada pada masa kini akan menerima nasib yang sama seperti mana Pas pada masa dahulu yang hanya dapat mentadbir kerajaan negeri Terengganu dalam tempoh masa sepenggal sahaja. Kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (DAP,PKR, PAS) semakin pudar gara-gara kegagalan Lim Guan Eng  berkata benar dalam isu sumbangan kepada warga emas dengan menggunakan wang yang datang dari sumber perjudian.

Segala angka budjet dan penjimatan yang dibentangkan semasa dalam dewan selama ini hanyalah sekadar untuk mengaburi mata rakyat, Pada hakikatnya kantung kerajaan negeri sekarang ini telah mula menyusut, sehingga sanggup menggunakan hasil perjudian untuk diberikan kepada rakyat tanpa mengambil kira sensitiviti mereka yang beragama islam.

Tidak dapat dibayangkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, ntah berapa banyak lagi hasil judi disuap masuk ke mulut rakyat. Punah ranah dan hancur jadinya. Mungkin selepas ini akan ada lagi siri pendedahan yang akan dibongkar keluar menceritakan segala kesundalan yang dilakukan oleh 'Khalifah' yang menjadi kesanyangan PAS dan PKR ini..Sama-sama kita nantikan..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Tuhan nak tunjukkn pada mereka balasan terhadap ape yang dilakukan.. bukan penang je akan jatuh, negeri2 lain pun akan tumbang..

    BalasPadam
  2. wak,kalo nak diikutkan halal haram pasal wang sumbangan tu..kita xleh salahkan Lim Guan Eng semata2..kita dah tau terang2 guan eng tu cina..memang bab2 hukum ni dia langgar je..tapi mcm mana plak org2 umno yang yang beragama islam tu plak xmenggunakan akal dan fikiran dia yang bernas bersandarkan ajaran agama dimana telah meluluskan lesen judi?kalo saaya jadi ahli umno,saya malu nak pertikaikan isu wang sumbangan tu kerana seperti 1 jari menunjuk ke guan eng tetapi 4 lagi jari menunding ke diri sendiri..selain tu,sepatutnya mereka malu kerana dah xda langsung ke cara yang boleh umno lakukan untuk membasmi miskin tegar ni sehinggakan dap boleh menggunakan wang hasil perjuduian untuk membantu org miskin..malaysia dah merdeka selama 53thn..tapi kenapa unmo masih tidak berjaya membasmi kemiskinan ni..?kata negara yang hampir maju,tetapi kenapa masih ada lagi jambatan2 kayu yang merentasi sungai di malaysia ni?mana kemajuan yang dibanggakan?salah orang lain memang senang nak nampak apatah lagi kesalahan tu dilakukan opleh musuh kita..renumg2kan dan pikir2kan..haram menyumbangkan hasil judi kepada rakyat islam tetapi tidak haramkah mengambil duit rakyat?tepuk dada tanya selera..

    BalasPadam
  3. sALAM hAIrulazwan

    Memang betul apa yg hang cakap guan eng tu cina..tp tak kan la dia bodoh sangat sampai tak tahu tentang hal haram bg orang islam..selam ni pun org islam dr blah sana juga yg angkat si cina ni sama taraf mcm 'khalifah'..klu yer pun dia tak paham tentang agama islam, apa guna 2 ekor lagi exco melayu yg ada kt dlm kerajaan negeri tu..tak kan dia org pun jahil agama juga nk ajar si cina ni...untuk pengetahuan wak belom jadi ahli Umno & tak terfikir nak masuk mana parti lg. soal kemiskinan x akan selesai selagi dunia ni belum kiamat..sbb tu gunanya wang zakat yg kita bayar tiap2 tahun..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.