Ahad, 5 September 2010

Skim pinjaman Mikrokredit yang sukar kita dapat di negeri lain..Hanya di Selangor sahaja

    4:10:00 PG   6 comments

 Bukan main lagi Khalid Gagap bila nampak awek..Melekat beb!
Hassan Ali tengah frust..hehehe

SABAK BERNAM, 4 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan sehingga menerima berbagai ugutan oleh anasir along akibat berhutang.

Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telah dilancarkan kelmarin di Masjid Makrufiah Parit Baru Sabak Bernam, yang telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar dengan tujuan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Bagi Khalid, pelancaran skim itu menjadi satu lagi mercu tanda komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin secara terus.

Kalau tak percaya baca di sini

Wak J say

Allhamdulillah..Setelah beberapa tahun mentadbir Selangor akhirnya kerajaan Khalid gagap telah berjaya mewujud satu skim pinjaman untuk membantu golongan miskin berniaga di Selangor. Wak ingatkan golongan miskin di Selangor dapat duit free. Rupa-rupanya terpaksa berhutang juga. Bagus juga skim mikrokredit yang ditawarkan oleh kerajaan Khalid gagap ni, tidak memerlukan cagaran, tanpa faedah dan tiada tindakan mahkamah dikenakan sekiranya peminjam yang gagal membayar kembali pinjaman mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Belum lagi wak dengar mana-mana bank atau skim pinjaman wang yang lain menawarkan keistimewaan seperti yang ditawarkan oleh skim microkredit Khalid gagap.

Wak harap kepada sesiapa yang meminjam dalam skim mikrokredit ni, bersungguh lah dalam melaksanakan perniagaan mereka. Jangan buat bisnes hangat-hangat tahi ayam, kelak dibelenggu hutang keliling pinggang.Tahniah kepada kerjaan Khalid gagap kerana telah menambahkan beban hutang rakyat miskin di Selangor melalui skim ini. Walaupun nama skim tersebut enak didengar kalau nak dibandingkan dengan nama-nama skim yang lain, hakikatnya hutang tetap hutang dan ia perlu dilangsaikan apabila tiba masanya. Persoalan di sini jika si peminjam tersebut gagal membayar hutang mereka dalam tempoh 12 bulan seperti yang dinyatakan, Adakah hutang tersebut dianggap BURN begitu sahaja? Itu yang membuatkan wak hairan. Jom ramai-ramai kita pinjam duit dengan Khalid gagap..tiada sebarang risiko menanti anda..Tapi kena berwaspada kalau tak nanti kena POTONG!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. Macam skim Amanah Ikhtiar Malaysia saja, cuma ditukarkan menjadi pelbagai jantina...

    Humm... aku sebenarnya tetap tak percaya, skim ini betul-betul wujud, melainkan hanyalah dalam bentuk cerita, ceramah dan kempen semata-mata, sebab dah terbukti Kerajaan Khalid Ibrahim janji punyalah banyak... RM30 setiap bulan untuk setiap pelajar cemerlang pun, sampai ke hari ini tak tertunai lagi....

    BalasPadam
  2. Uiks..

    Bestnya, kalau tak bayar takda tindakan.

    Biar betik!!!

    Yang berhati mulia ok la..kalau yg kaki k.o?

    Dapat duit cabut.

    Rasanya ada tu tindakan tersembunyi.

    BalasPadam
  3. Usahalah sungguh-sungguh dalam perniagaan supaya menjadi ahli koprat berjaya seperti dia. TETAPI bersungguh-sungguh BACA PERJANJIAN TU sebelum sain.

    hehehehe

    Kata pinjaman PTPTPN nak dilupuskan. BILA? Atau bila tak boleh dilupuskan pinjaman mikrokredit nanti kata salah UMNO juga ke? Atau salah satu cara nak bagi duit kerajaan negeri kepada penyokong sendiri dengan alasan pinjaman mikrokredit tanpa risiko bayar balik?

    Wak! Kau nak pinjam gak ke? Dah lama jadi ahli PKR? DAP? PAS? Jangan mimpi laaaa.... keh keh keh

    Aku Yang Bingai
    UMNO + PAS - Masih adakah lagi jalan pulang?

    BalasPadam
  4. kalo dah pinjam kena lah bayar balik, tapi kalo pinjam PTPTN, blh abaikan tak?



    keh3x

    BalasPadam
  5. bagus la... dgn ini kita akan lihat bagaimana kantung pinjaman itu dipenuhkan semula.. jika tiada pembayaran kembali ikut jangkamasanya!!!.. adakah datang dari sumber koprat atau still guna duit rakyat!!!

    BalasPadam
  6. Salam

    Cucu Tokwan
    Inilah caranya untuk mencari untung dengan duit rakyat...tak payah keluar modal..lps tu puji diri sendiri bela golongan miskin, pada hal cuma bagi pinjam je duit tu

    i-Hursini
    klu bab duit mmg xde yang nk bg free

    Bingai@bangang
    Buat masa ni wak belum jd ahli mana2 parti lagi..Tapi kalu dapat pinjam wak nk buka bisnes MLM..hehehe

    Gadis comel
    Klu pinjam PTPTN n tak nak bayar balik kita jgn cari kerja..klu xde keje tak payah bayar.

    Pacat
    Last sekali duit rakyat yg dirollingnya. klu tak nk byr pun bukan duit aku kata khalid gagap.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.