Isnin, 4 Oktober 2010

Gempar! Wali Selipar dirasuk Roh Durja Ningsun

    4:16:00 PG   1 comment

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak"

Ini lah jadinya jika tiada siapa pun yang berani dalam Pas mentarbiah si tua kutuk ni. Bila dah tak ada yang menegur mula la si tua kutuk makin besar kepala sampai serban pun boleh tercabut keluar. Memang jenis manusia yang tak pernah sedar diri, dari muda sampai ke tua tak sudah-sudah mulut celupar si tua suka melebelkan perkara yang buruk-buruk terhadap orang lain. Dah terlalu banyak sangat roh-roh jahat bersarang dalam hati si tua kutuk ni

Jika si tua kutuk ni masih berada dalam Pas, selagi itu juga roh-roh jahat bergentayangan dalam parti tersebut untuk merosakan pemikiran ahli-ahli mereka yang berakal tinggi sikit dari keldai. Tarbiah yang cuba dibawa oleh Pas kesemunya gagal, baik pada ahli dalam partinya atau rakan seketiduran mereka iaitu Dap & PKR. Pas tak perlu nak memperkicil-kecilkan sumbangan orang lain terhadap agama Islam. Walaupun roh islam yang meresap dalam jiwa ahli Umno masuk secara low profile ia tidak bermakna kesemua ahli dalam parti tersebut menolak islam, dan siapa si tua kutuk ni untuk cakap macam tu.

Si tua kutuk ni harus sedar dan lihat apakah sumbangan partinya terhadap islam setelah lebih 50 tahun wujud di negara ini. Masjid, perbankan islam, tabung haji..Siapa yang buat?. Pas harus ingat bahawa Islam tidak akan tertegak begitu sahaja dangan hanya berceramah siang dan malam serta melalui penjualan keset-keset ceramah di kaki lima atau pasar malam. Ia perlu bergerak seiring antara kepentingan dunia dan akhirat.

Sangat memalukan jika si tua kutuk yang diangkat sama taraf dengan wali oleh pentaksub Pas boleh mengeluarkan kata-kata sebegini rupa kepada orang lain. Kerana  ia tidak lansung mencerminkan sifat pribadi sebenar sebagai seorang pemimpin dan agamwan yang dihormati oleh masyarakat. Pemikiran si tua kutuk ini sudah berada tahap TOTAL LOST seiring dengan usianya di mana ia sudah tidak boleh di modify atau di repair lagi. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi pentujuk dan pedoman kepada hambanya.

Wak J: Pok Nik harus bertaubat sebelum terlambat..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.