Sabtu, 2 Oktober 2010

TARIK NAFAS...LEPAS.. LEGA. Lepas ni jangan liat nak bayar hutang

    2:36:00 PTG   1 comment


Dengan dua berita yang diumumkan oleh kementerian pendidikan hari ini, harap-harap dapat memberi sedikit kelegaan di hati para  lepasan graduan yang membuat pinjaman melalui skim PTPTN sebelum ini. Walau pun langkah-langkah pengurangan bayaran pinjaman yang pihak kementerian ambil ini tidak dapat memuaskan hati segelintir pihak, namun ia merupakan satu petanda bahawa pihak kerajaan tetap mendengar segala rungutan dan kesusahan yang dialami oleh graduan lepasan universiti ini

Yang paling untung di sini ialah bagi mereka yang memperolehi Ijazah kelas pertama, tidak perlu membayar 1 sen pun wang pinjaman mereka. Bila dengar berita ni mesti ramai mahasiswa yang tengah menuntut sekarang, berlumba-lumba nak jadi yang terbaik supaya dapat elak dari kena bayar balik pinjaman. Ini merupakan satu galakan yang baik dibuat oleh kerajaan untuk melahirkan para sarjana yang berkualiti.

Bagi mereka yang dahulunya tak berapa rajin atau liat nak bayar hutang PTPTN ni, dengan kelonggaran yang dibuat oleh pihak kerajaan, harap-harap lepas ni langsaikan hutang tersebut dengan secepat mungkin mengikut kemampuan anda. Tak takut ke kalau mati nanti menggalkan hutang. Dalam kitab ada bagi tahu barang siapa yang mati meninggalkan hutang, segala amalan baiknya akan digantung sehingga hutang itu diselesaikan.



Kepada adik-adik kita yang baru melangkahkan kaki ke menara gading yang mana loan PTPTNnya baru diluluskan, guna lah wang pinjaman tersebut dengan sebijaknya. Jangan lah pula nanti beli barang yang bukan-bukan dengan duit pinjam. Trend budak-budak U sekarang, bila dapat je loan terus beli telefon bimbit yang canggih-canggih, itu lah yang selalu wak perhatikan.

Semoga pada masa akan datang pihak kerajaan akan terus memikirkan cara lain lagi supaya dapat menggalakkan serta memudahkan para graduan lepasan U yang membuat pinjaman PTPTN ini membayar pinjaman mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, sudah pasti tidak mahu lihat anak bangsanya dibelenggu hutang keliling pinggang. Buat graduan yang masih tanam anggur di belakang rumah, ringan-ringankan badan untuk mencari kerja lain sementara menunggu jawatan yang di idam-idamkan dalam sektor kerajaan menjadi kenyataan. Semoga berjaya..

Wak J: Maaf posting lambat keluar..bz sikit hr ni..

Sumber rujukan:

Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Seramai 2,162 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama tahun ini mendapat pelepasan daripada membayar balik pinjaman tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan pembiayaan berjumlah RM59.7 juta.

"Penyerahan surat pelepasan ini julung-julung kalinya diadakan oleh PTPTN untuk mendekati para penerima biaya ini.

"Ia juga sebagai satu penghargaan daripada pihak PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi terhadap mereka yang telah belajar bersungguh-sungguh dan berdedikasi sepanjang tempoh pengajian masing-masing," katanya.

Mstar Online

KUALA LUMPUR
: Kira-kira 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki bagi pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah satu peratus.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.

Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.



WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. gambar tu memang sempoi n menarik.. buatkan ramai yg terasa nk cepat bayar ptptn nnti..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.