Khamis, 25 November 2010

Inilah Gambaran Sebenar 400,000 Ahli PKR..Percaya lah..

    8:37:00 PG   5 comments


KUALA LUMPUR: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan."

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun," katanya kepada Bernama.







Wak J: Ini agaknya gambaran yang diamksudkan dengan kehalian PKR seramai 400,000 orang..Memang ramai betul.Tahniah buat PKR kerana mempunyai ahli seramai ini..hehehe..Jangan gelak yer..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. PKR ni macam pokok duit2 wak..
    Menumpang PAS dan DAP

    Tapi paham2 la cara pokok duit2.. menumpang, tapi 'makan' pokok yg ditumpangnya.

    BalasPadam
  2. Banyak yang dah cukup umur...boleh buat korban.

    BalasPadam
  3. Ha ha ha... Gelak saya membacanya Wak... Agak2, Sivarasa dan Lathefa Koya ada tak dalam mereka-mereka yang berkaki 4 tu?

    BalasPadam
  4. Wak, tumpang ya. saya ada link wak dgn artikel saya. Tapi dlm artikel tu saya mintak wak taubat. Hikhikhik.

    TQ.

    BalasPadam
  5. lawak sungguh la pic yang paling last tu..ingatkan budak ekcik je yg dapat di bawak blakang..rupe2 nye kambing pun dapat..ini lah kehebatan PKR..mampu mengajr kambing berpaut dengan manusi bila dok blakang...hahahaha...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.