Khamis, 25 November 2010

Kongres PKR: Jom Laksana Agenda Dajjal..eh silap..Anuar

    6:46:00 PG   1 comment

KONGRES-NASIONAL

PETALING JAYA 24 Nov - Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang akan bermula 26 November ini bakal menghimpunkan seramai 2,460 perwakilan dari 222 cabang seluruh negara.

Disamping itu 1,025 pemerhati yang merangkumi wakil daripada parti-parti sahabat, badan bebas, individu-individu penting dan wakil kedutaan asing juga dijemput.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata kongres selama tiga hari itu kan bermula dengan kongres Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita.

"Mesyuarat Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita akan diadakan pada 26 November diikuti kongres nasional parti pada 27 dan 28 November bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaing Jaya," kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana Isnin lalu.

Tambah Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang kongres kali ini akan dihadiri ramai muka baru oleh kerana hampir 60 peratus pimpinan baru peringkat cabang dianggotai golongan muda.

Beliau menjelaskan peratusan jumlah pengundi yang keluar mengundi semasa pemilihan yang tamat Ahad lalu adalah 13.56 peratus atau hampir 30,000 daripada jumlah keseluruhan keanggotan KEADILAN seramai 400,000 orang.

Saifuddin juga berkata semua media dijemput membuat liputan keseluruhan perjalanan kongres tiga hari itu kecuali Utusan Malaysia.
SUMBER SUARA KELDAIAN ON9

Musim MENGAWAN eh silap lagi. Pemilihan dalam PKR dah tamat.Siapa yang menang pun kita dah tahu. Tak payah sebut nama pun ramai yang dah kenal. Tak lain tak bukan, semunya orang kanan brother kita, Anuar Ibrahim. Sekarang ini sudah tiba masanya untuk berkonvesyen pulak, yang bakal bermula pada 26hb November ini. Sebelum itu UMNO, kini tiba giliran PKR.

Berdasarkan kenyataan orang kuat PKR sendiri, semasa pemilihan PKR tempoh hari hanya 13 peratus sahaja dari 400,000 ahli yang yang keluar mengundi. Pelik bebeno, ke mana pulak perginya ahli yang selebihnya. Tidor apa, atau sibuk layan bini di rumah. Atau dalam fikiran mereka, tak payah susah-susah keluar mengundi, yang konfirm menang  dah tetntu orang-orang kanan Anuar sendiri termasuk ahli kelurganya. Memang betul pun.

Ayuh ramai-ramai kita mengahdirkan atau menyibukan diri mendengar apa angeda Dajjal yang cuba hendak disampaikan masa dalam kongres yang bakal berlansung nanti. Apa pula kali ini brother kita nak kencing atas kepala ahli-ahlinya. Mesti basah lencun dan berbau hancing dalam dewan tersebut. Buat ahli PKR yang tidak berpuas hati semasa pemilihan yang berakhir pada Ahad lepas juga dijemput hadir. Jangan lupa bawak banner gergasi ka, sepanduk raksaksa ka yang tertulis "I LOVE U DSAI"..tak kuasa wak..hihihi.

Wak J:
Maaf Utusan Malaysia..anda tidak dijemput..kerana penulisan anda mampu mengugat kekuatan dan keharmonian PKR..kesian..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.