Khamis, 25 November 2010

PAS Mula Takut Dengan Bayang Sendiri

    3:53:00 PG   No comments


KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa tindakan BN membuka keahlian langsung dan bersekutu membuktikan parti itu berdepan krisis kepercayaan rakyat yang serius.

Mengulas 'perubahan' baru dalam BN itu, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga yakin ianya tidak membantu BN memulihkan semula imej mereka.

"Itu bermakna bahawa BN telah mengaku parti-parti komponen mereka termasuk Umno, berdepan dengan krisis kepercayaan dari pelbagai kaum khususnya generasi muda," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Beliau mengulas demikian berdasarkan pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang mendakwa perubahan itu bagi membolehkan pertubuhan atau individu yang tidak suka kepada parti komponen BN, menyertai BN sebagai ahli bersekutu.

Kalau kita sempat baca di HAPRAK DAILY pagi ni, suara ketakutan PAS sudah mula kedengran ekoran daripada tindakan Barisan Nasional membuka keahlianya secara terus dan bersekutu. Suara yang paling kuat mengerang ketakutan dalam Pas ialah naib presidenya yang terkanal dengan jolokan 'Mr Bean', siapa lagi kalau bukan Mahfuz Omar.

Yakin benar si Mr Bean ni jika BN membuka kehalianya, ia tidak akan banyak membantu dalam menaikan imej Barisan Nasional dan parti komponen di dalamnya. Jangan ingat baru menang beberapa buah negeri pada pilihan raya lepas sudah mula mendabik dada bahawa sokongan rakyat sudah beralih arah kepada PR terutama sekali Pas. Itu pun nasib je, sebab ramai yang tidak puas hati dengan kepimpinan PM yang lepas (Abdullah). Apa-apa pun masa dah berubah dan PM pun ikut berubah juga, dah tentu Najib ada cara dan strateginya yang tersendiri. Tunggu ajalah PRU13 nanti. Kita tengok sokongan rakyat akan berpihak kepada siapa BN atau PR (pakatan Haram).

Atas alasan  jika sesuatu pihak itu tidak menyukai mana-mana parti dalam komponen atau individu dalam BN, maka pihak tersebut tidak akan menjadi ahli bersekutu dalam BN. Jika alasan tersebut diguna pakai, ada satu persoalan di sini yang harus di jawab oleh Mahfuz, sekiranya Pas atau PR itu sangat bagus dan disukai oleh rakyat tak kira generasi apa sekalipun. Kenapa masih ramai lagi tidak meyertai parti mereka?. Dan boleh kata juga ramai yang sokong Pas, oleh kerana Mr Bean ada di dalam parti Pas, membuatkan rakyat menarik diri dari menyertai Pas.

Sempat juga si Mr Bean  mempertikai tentang kemasukan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang diterajui oleh Tan Sri Rozali untuk menjadi ahli bersekutu dalam BN. Katanya si Tan Sri tu memang dah ahli Umno. Tapi satu je si Mr Bean ni lupa atau buat-buat lupa, yang menjadi ahli dalam GWGF ni bukan Tan Sri Rozali seorang sahaja, malah ramai warga felda telah menyertainya, termasuk wak sebagai anak Felda pun turut sama. Ramai anak-anak muda Felda menjadikan Tan Sri Rozali sebagai ikon mereka untuk maju dalam kehidupan.

Bagi nak menyedapkan hati juak-juak Pakatan Haram terutama sekali lembu susu Pas, si Mr Bean ni menerangkan dalam sidang akhbarnya bahawa dengan kemasukan GWGF dan perubahan yang dibuat dalam BN tidak akan menambah atau mengurangkan kekuatan dan sokongan kepada Pakatan. Yer la tu Mahfuz...Jangan-jangan lepas ni lebih ramai badan-badan NGO akan menjadi ahli bersekutu BN untuk mengikut jejak langkah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF).

Wak J:
Kalau ada 10 manusia yang sama spesis dengan Majfuz ni dalam mana-mana organisasi politik atau koprat, alamatnya terlingkup awal dibuatnya..Jangan mareee noo..nanti kena jual.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.