Khamis, 16 Disember 2010

Srikandi 7 Vs Anugerah Tuhan

    4:35:00 PG   4 comments


Ummi is BACK!..Pertama sekali wak nak ucapkan selamat datang ke dunia blog yang penuh warna warni dan sarat dihiasi dengan cerita-cerita benar atau sekadar dongengan semata-mata, bagi memuaskan hati para pembaca yang begitu dahagakan informasi yang terkini yang tidak terdapat di media arus perdana. Sekali kaki sudah melangkah ke alam cyber (blog), sudah pasti tidak akan menoleh dan berpatah kembali.

Setelah sekian lama menanti akhirnya Kak Ummi muncul jua. Segala ingatan lama yang selama ini tidur-tidur ayam dibenak fikiran kini menerjah kembali untuk merungkai segala kekusutan dan kekalutan akal yang melanda segelintir manusia yang begitu taksub dan terpesona dengan sifat keperibadian seorang insan yang digelar oleh isterinya sendiri sebagai 'ANUGERAH TUHAN' buat rakyat Malaysia.




Mungkin pada masa dahulu, sekitar tahun 1997/1998  ramai yang tidak dapat mengikuti perkembangan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia, seperti wak, dek kerana masih lagi di bangku sekolah dan terpaksa menumpukan sepenuh perhatian terhadapa pelajaran. Kini dengan kemunculan Ummi Hafilda Hj Ali (Kak Ummi) dalam dunia blog, kita tidak perlu bersusah payah turun dari utara, selatan, timur dan barat semata-mata untuk mendapatkan maklumat sebenar berkenaan peristiwa ini. Sekarang. dalam dunia serba canggih, maklumat tersebut kita boleh dapatkan secara terus dari tuan yang empunya badan.

Dengan kemunculan blog Ummi Hafilda ini juga, seterusnya dapat mematikan segala cakap-cakap atau cerita kedai kopi ahlul-ahlul Pas dan PKR yang selama ini ada mengatakan bahawa Ummi telah menerima bala dan lakhnat dari Allah seperti diserang penyakit ganjil, dan ada yang lebih dahsyat lagi mengtakan Ummi telah meniggal dunia dalam keadaan aib gara-gara memfitnah ANUGERAH TUHAN. Jahat betul mereka ini.

Sudah semestinya kali ini Anuar Ibarhim dan Azmin Ali serta keluarga masing-masing tak senang duduk macam cacing kepanasan, apabila luka lama yang masih belum pulih, kini diperah pula dengan jus limau nipis di atasnya. Tak dapat nak dibayangkan bertapa huru-hara mereka serta ahli dalam partinya selepas ini. Semoga bermulanya tahun baru 2011 akan datang tidak lama lagi, akan ada lebih banyak pendedahan yang akan menggemparkan seluruh tanah air mengenai salah laku dan skandal seks dua keluarga 69 ini.

Wak J: Jika dahulu ramai daripada kita mencaci dan mencerca Ummi kerana menimbulkan salah laku ANUGERAH TUHAN sehingga tersungkurnya dari kerusi timbalan perdana menteri pada masa itu. Kini masa sudah berubah, rakyat pun dah mula celik dan cerdik menilai mana yang baik dan yang buruk. Wak pasti kali ini lebih ramai akan berdiri di belakang kak Ummi untuk memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi. Bagi anda yang sudah tersedar dari lamunan pesona ANUGERAH TUHAN, ini lah masanya dan peluang untuk anda membetulkan keadaan. Kalau ada siapa-siapa yang tak segan nak minta maaf dengan kak Ummi, lakukan sekarang selagi waktu masih ada.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Thks wak utk maklumat tersebut. Syabas Umi. Pasti hot.

    BalasPadam
  2. salam sahabat - memang inilah yang kita harap2kan...

    BalasPadam
  3. Panas terik dihari petang
    Teringin rasanya nak makan ais krim
    Jangan biasakan pintu belakang
    Nanti jadi Anwar Ibrahim

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.