Khamis, 17 Februari 2011

Dulu Tadahan Wahyu..Kini Tadahan Lendir Pula

    4:15:00 PG   No comments

Sejak kebelakangan ini kecoh didunia maya (cyber) dangan satu siri pendedahan memeranjatkan yang berlaku di Kelantan di bawah pentadbiran Waliatul Selipar Al Nik Ajisi. Dijangkakan keadaan ini akan bertambah hangat dan akan dimainkan sehingga PRU13, apabila satu persatu siri pembongkaran berkaitan dengan kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran,seks bebas dan pondan yang berlaku di sebuah negeri yang sangat terkanal dengan jolokkan negeri TADAHAN WAHYU.

Mungkin pada masa akan datang jolokkan negeri tadahan wahyu itu sudah boleh ditukar kepada negeri TADAHAN LENDIR. Ia amat sesuai dengan keadaaan semasa ekoran dari apa yang telah didedahkan sendiri oleh seorang blogger yang dulunya pernah menerima bayaran sebanyak RM4 juta (wow!!) sebagai upah untuk menjalankan kerja-kerja perang saraf bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Amat memalukan, kerana perkara yang tidak bermoral ini berlaku di negeri di mana ketua pentadbirnya merupakan seorang yang alim dan warak serta penuh karomah (kononya). Yang paling malang sekali buat rakyat Kelantan, apabila pandangan mata serta deria bau tok guru nik ajis tidak lagi dapat berfungsi melihat serta menghidu dengan baik segala pergerakan maksiat yang berlegar-legar di depan mata. Atau pun juga hidungnya sentiasa tersumbat dengan hingus kerana terlalu banyak menangis ketika memohon doa pecah perut untuk mencelakakan orang lain sehinggakan tidak dapat menghidu bau-bau lendir jijik yang banyak mengalir di belakang longkang pejabatnya.
Sudah tentu rakyat Kelantan berasa terhina dan tertipu dengan imej wali zuhud ala Isle Pas yang cuba dibawa oleh Nik Ajis yang sering kita lihat dan digambarkan di atas papan iklan billboard gergasi di sepanjang-panjang jalan utama di Kota Baru termasuk sekali lorong-lorong gelap yang sering dilalui oleh penggemar dan pelaku aktiviti persundalan ini. Nampakya segala mesej yang cuba disampaikan dalam papan iklan tersebut, tidak diambil peduli lansung oleh rakyat Kelantan sendiri. Yang paling untung sekali di sini ialah tokey-tokey pembuat papan iklan tersebut kerana wang masyukk. Jenuh sampai kering modal juak-juak murahan Pas di laman Facebook dan blog-blog cuba mempertahan serta meng-spin sehabisnya isu seks tak bermoral yang kini sedang bermaharajalela di Kelantan, apabila ia cuba dibangkitkan oleh facebookers serat blogger yang pro pada BN atau mesra kerajaan.
Ke mana pergi agaknya segala janji-janji yang termaktub dalam menifesto kerajaan negeri Pas Kelantan selama hampir lebih 20 tahun memerintah Kelantan dengan tag line membangun bersama Islam. Adakah janji-janji tersebut sudah hanyut dibawa oleh arus sungai Golok. Antara janji yang terkandung dalam menifesto berkaitan isu maksiat ialah MENGHAPUSKAN AKTIVITI PELACURAN. Sampai la ni kegiatan pelacuran 'terlindung' atau 'dilindung' masih berjalan seperti biasa (busness as usual). Pendedahan Kickdefella dalam blognya melalui Ops Johnson di Jalan Hamzah ada mendakwa pihak MPKB sendiri terlibat melindungi kegiatan yang tidak bermoral ini. Tiada unsur rasuah berbentuk wang dikesan, kerana rasuah adalah haram di sisi agama mengikut fahaman orang islam. Namun sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa pandai COVER LINE. Sudah tentu pegawai-pegawai MPKB ini tidak dibiarkan begitu sahaja, terliur sambil melihat 'ayam-ayam' comel dan montok lalu-lalang depan mata. Sudah tentu ada SPECIAL TREATMENT khas untuk mereka ini setelah penat bekerja. Paling sengkek pun dapat khidmat seks secara percuma selama seminggu, atau dalam bahasa yang lebih isle-miknya ialah SEDEKAH SEKS. Erm, punah ranah jadinya.

Sedikit petikan yang sempat dicilok di Blog Kickdefella. Sepenuhnya baca di SINI

MPKB tak kacau,” tanya saya kepada Jai, bapak ayam di situ.

MPKB tak kacau, dia saing-saing belako, boh dia pun ada mari jugok, dia kawal semua,” kata Jai memaklumkan saya bahawa ada pihak di MPKB berkawan dengan pemilik premis pelacuran di sini mengakibatkan pusat itu tidak diserbu oleh MPKB Bandaraya Islam.

MPKB mari mintok pitih?” tanya saya kepada Jai lagi.

“Dok, dia mari main lah…. ramai mari main… orang pakai kopiah pun mari sini juga…” kata Jai lagi yang antara lainnya menjelaskan bahawa beberapa orang dari Majlis Perbandaran itu adalah pelanggan premis pelacuran itu.

Memang JAHANAM negeri Kelantan sekiranya Pas sekali lagi diberi peluang memerintah pada PRU13 akan datang. Dah la keadaan ekonomi negerinya mundur di bawah kepimpinan Wali Selipar Nik Ajis. Sekarang ini pula ditambah lagi dengan masalah sosial yang kronik. Sekiranya rakyat Kelantan tidak berani membuat perubahan yang drastik terhadap diri dan negerinya. Alamatnya sampai bila-bila pun tiada perubahan baik yang berlaku kepada rakyat Kelantan.

Wak J: Masanya sudah tiba, Pas bakal lemas tenggelam di kolam LENDIR maksiat..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.