Isnin, 21 Februari 2011

Laaa..Pas ni MELAYU Rupanya...Ingatkan @#$%&

    3:39:00 PG   1 comment

Tak cukup dengan janji 100 hari dalam buku Jingga Pakatan Haram. Kini keluar pula 12 resolusi baru yang kononya sebagai jaminan istimewa untuk membela nasib rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu. Adakah Pas mersakan dia akan kehilangan banyak kerusi DUN dan PARLIMEN pada PRU13 nanti gara-gara kurangnya sokongan orang Melayu terhadap partinya itu. Jika diambli kira berdasarkan situasi beberapa PRK yang lepas, jawapanya adalah YES. Pas akan hilang banyak kerusi.

Menyedari sokongan orang Melayu terhadap Pas sudah mula berkurangan dan bakal tibanya pilihan raya umum ke13 tidak lama lagi, Pas kini tampil sekali lagi dengan 12 janji baru bertujuan untuk mendekati serta menambat hati orang Melayu selain untuk mendapatkan undi mereka. Pas juga sedar tanpa sokongan dari orang Melayu itu sendiri, partinya tidak akan pergi jauh walaupun mereka merasakan trend pengudi bukan Melayu sekarang ini lebih terarah kepada Pas.

Selama ini Pas jarang bercerita atau berbincang tentang perkara yang melibatkan orang Melayu, seperti soal hak dan nasib orang Melayu. Nik Ajis juga sebelum ini dalam beberapa ucapanya sudah beberapa kali menolak perinsip perjuangan yang berteraskan bangsa kerana dalam islam dokongan pas tidak menyuruh kita memperjuangkan bangsa secara keseluruhanya.

Bila menjelang musim pilihan raya, baru mereka celik mata melihat bertapa besarnya menjoriti orang Melayu yang ada di Malaysia ini. Masa kian suntuk, adakah Pas akan berjaya membeli hati orang Melayu yang selama ini tidak pernah diambil kisah sedikit pun oleh Pas dengan hanya meberikan  jaminan berdasarkan 12 formula baru ini. Sebenarnya tidak ada satu jaminan pun yang Pas dapat berikan behubung hal yang berkaitan dengan orang Melayu. Lihat sahaja bagaimana kedudukan Pas dalam  Pakatan Haram. Ditempat pertama kah, kedua kah atau sekadar melukut di tepi gantang. Fikir-fikirkan-lah wahai Melayu.

Orang Melayu wajar menolak Pas pada PRU13 akan datang, kerana Pas dilihat sudah jauh terpesong jauh dari landasan sebenar perjuanganya semenjak menyertai Pakatan Haram. Demi untuk menjatuhkan UMNO-BN dan bukan kerana ISLAM, Pas sanggup bersekongkol dengan syaitan atas nama KUASA. Sekali lagi diingtakan kepada orang Melayu, jangan biarkan hati dan undi kita mudah dibeli dengan hanya bermodalkan janji-janji manis yang mana isi dalamnya hamPAS belaka.

Cukup-cukup lah kita lihat apa yang terjadi ke atas nasib orang Melayu yang bernaung di bawah negeri Pakatan Haram. Di mana penindasan tanpa berselindung dilakukan terhadap orang Melayu. Ke mana perginya Pas untuk membela nasib orang Melayu ketika itu. Mana Mat Sabu..mana Din Pudu..ke mana perginya Mahfuz Bean, tengah berSEDAP-SEDAPkah. Fikirlah sebaik mungkin demi masa depan orang Melayu, apakah kita ingin merasai nasib yang sama pada lima tahun akan datang. Sedarlah wahai si pemakan belacan, budu dan cencaluk.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Orang Melayu harus sedar bhw PAS hanya pentingkan undi sahaja. Janji akan hanya tinggal janji.
    Lihat saja di Penang, apa tindakan PAS bila gerai2 Melayu dirobohkan dgn raklus sekali oleh DAP?
    Melayu bodoh mudah lupa???????

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.