Selasa, 22 Mac 2011

Bangkit Dari Tidur: DUN Sarawak dengan rasminya dibubarkan

    1:43:00 PG   No comments


Ah!!..Dah genap sebulan blog Wak Jengkol tak dikemaskini dari menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan isu politik atau isu semasa yang lain. Nak cetak dan tampal artikel dari berita akhbar pun malas, sebab jarang buat benda-benda macam tu. Sekali sekala kalau buat macam tu pun ok juga yer..Sekejap tengelam sekejap timbul. Mungkin ada yang mengaggap wak ni tak konsisten atau acuh tak acuh dalam berblogging. Harap tak ada yang berfikir sampai ke situ. Pada wak perjuangan untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta tetap menjadi keutamaan. Tidak kira medium apa sakali pun yang kita guna untuk meneruskan perjuangan samada dengan menulis blog atau berhujah laman sosial, yang penting matlamatnya tetap tidak berubah.

Wak ingin menulis ringkas sahaja untuk hari ini sebagai artikel panas badan. Dengan rasminya segala spekulasi atau cakap-cakap kedai kopi sebelum ini yang sibuk bercerita bahawa Dun Negeri Serawak akan dibubarkan, kini menjadi kenyataan hari ini, setelah melihat kelibat bebrapa orang penting negara mula turun dan berkampung di bumi Sarawak pada beberapa hari yang lepas.

Pada petang Sabtu kelmarin, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumum pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak secara rasaminya bermula pada hari Isnin bersamaan 21/3/2011. Berikutan pembubaran itu nanti pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Untuk makaluman pembaca blog wak, DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi kesemuanya. Sebelum ini BN Sarawak telah menguasai 63 kerusi daripada keseluruhan kerusi dun yang dipertandingkan. Selebihnya diwakili oleh DAP 6,PKR 1,Bebas 1

Nampaknya kehangatan cerita tsunami yang melanda Jepun kebelakangan inI bakal dilupakan buat seketika oleh rakyat Malaysia ekoran daripada bahang nuklear yang lebih dahsyat melanda Malaysia Timur iaitu pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal memberikan kesan berantainya terhadap landscape politik negeri Sarawak sekaligus mengambarkan apakah nasib BN pada PRU 13 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.