Jumaat, 18 Februari 2011

Rakyat Malaysia Berevolusi Setiap Kali Ada Orang Mati

    4:27:00 PTG   No comments

Setiap kali ada hal-hal kematian atau kecederaan yang melibatkan antara orang awam dan pihak berkuasa atau badan penguatkuasa lain yang ada kaitan dengan kerajaan, pasti ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan. Tak kira atas alasan atau tujuan apa saklipun. Asalkan perkara yang berlaku itu boleh mendatang keuntungan terhadap diri sendiri. Semuanya dipukul rata.

Kalau dah namanya orang politik, apa saja benda yang terpandang di depan mata atau tiba-tiba terlintas di benak fikiran, tidak kira apa jua sebab musabab termasuk soal hidup atau mati, semuanya akan dipolitikan sehabisnya tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga yang ditimpa musibah. Sebelum ini negara dikejutkan dengan kes kematian adik Aminurrashid, kini kes yang terbaru pula melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun (kini arwah) dan anak saudaranya. Kejadian ini berlaku di Kelantan berpunca dari salah paham.

Apa yang tak moleknya, bila setiap kali kejadian seperti ini berlaku, pasti akan muncul laman-laman sosial seperti Facebook atau laman blog yang kononya diwujudkan bagi membela nasib si mati dan juga ahli keluraganya. Padahal tidak ada siapa pun yang terbela malah makin menambahkan lagi kesdihan yang ada.

Akhirnya, benang basah yang cuba ditegakkan olah mereka yang menyertai laman sosial tersebut tidak menampakkan apa hasil pun. Yang mati tetap akan menemui penciptaNya. Yang masih hidup pula bercakaran sambil berbalas komen di Facebook semata-mata ingin mencari kebenaran yang tak pasti. Selain itu banyak masa dan wang ringgit  terbuang begitu sahaja. Bersorak sakanlah hanturaya dan jembalang yang mewujudkan laman ini, apabila  kerja jahat mereka mula membuahkan hasil. Macam ini punya makhluk pun ada. Nak cerita lebih lanjut klik di SINI

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.