Sabtu, 2 April 2011

Isu Novel INTERLOK Selesai..

    3:07:00 PG   No comments

MUAR 31 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan telah membuat keputusan muktamad mengenai isu novel Interlok.

Oleh itu tegas Timbalan Perdana Menteri kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus mendesak novel itu dipinda atau ditarik balik sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan Lima.

Muhyiddin berkata, novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein itu akan tetap digunakan bagi pelajar tingkatan lima seperti yang dipersetujui di peringkat Kabinet dan Parlimen.

Menurutnya, isu novel tersebut sengaja dibangkitkan sekali lagi oleh parti pembangkang melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk dipolitikkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Saya fikir kita tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ia membabitkan soal keselamatan. Ia adalah bertujuan meraih sokongan politik dan mereka gunakan Interlok sebagai alat. Bagi saya, ini sikap yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukannya membantu meredakan keadaan.

"Dia (parti pembangkang) kalau boleh memang tidak mahu isu ini selesai, kalau tidak selesai, lagi semarak benci kerajaan. Kalau tidak selesai akan bangkit lagi, saya tahu muslihat mereka, kita tidak akan tunduk," katanya selepas menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita mengenai beberapa NGO Cina yang mahu novel Interlok digugurkan sebagai bahan pembelajaran di sekolah kerana kononnya ia berbaur perkauman dan membawa perpecahan dalam masyarakat.

Muhyiddin berkata, isu penggunaan novel Interlok sudah selesai dan mana-mana pihak yang membangkitkan lagi perkara itu akan hanya mengeruhkan lagi keadaan.

"Proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan penambahbaikan yang telah dibincangkan dengan dapatan ahli panel telah kita terima dan akan dilaksanakan," katanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 24 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan isu novel Interlok selesai dengan pindaan diputuskan pada novel berkenaan pada mana-mana bahagian yang boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti kaum berkenaan. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Wak J: Dari bulan lepas nak beli buku ni..tapi masih tak beli-beli lagi..InsyaAllah bulan ni wak akan cuba dapatkanya...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.