Jumaat, 22 April 2011

5 Tahun Atau Kurang..Mungkinkah Giliran Najib Selepas Ini?

    3:03:00 PG   1 comment

Masih belum terlambat rasanya untuk wak ucapkan TAHNIAH!! kepada Barisan Nasional (BN) di atas kejayaanya mempertahankan kerusi DUN Sarawak yang pernah dimenanginya sebelum ini dengan mejoriti lebih 2/3 pada pilihanraya negeri yang telah berlangsung baru-baru ini. Sekali lagi mandat rakyat diberikan kepada BN untuk mengurus tadbir negeri Sarawak supaya terus berdaya maju.

Berbalik pada tajuk utama, seperti yang kita sedia maklum, Tun Mahathir merupakan inidvidu yang paling lama memegang jawatan selaku Perdana Menteri (PM) Malaysia. Mungkinkah selepas ini, giliran Dato Sri Najib pula bakal menjadi PM yang paling SINGKAT menyandang jawatanya dalam sejarah Malaysia.

Setakat ini rekod jawatan PM yang paling pendek dalam sejarah Malaysia digondol oleh Tun Abdullah. Adakah rekod Tun Abdullah ini akan dipecahkan oleh Najib setelah berakhirnya PRU13 nanti. Ataupun Najib berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh Tun Mahathir dan sekaligus meletakan namanya sebrais dengan Negarwan Ulung yang lain. Sama-sama kita lihat nanti.

Melihat sinario politik tanah air selepas berkahirnya pilihanraya negeri Sarawak. Lampu signal bagi menandakan isyarat akan berlakunya PRU13 dalam tempoh waktu terdekat ini masih belum boleh dinyalakan lagi. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi oleh Dato Najib, sebelum diadakan pilihanraya umum seluruh Malaysia jika keputusan PRN Sarawak dijadikan sebagai rujukan.

Perubahan paling ketara sekali yang boleh kita lihat ialah pola pergerakan undi kaum CINA terhadap BN, yang kini telah beralih kepada DAP. Ramai wakil rakyat CINA dalam BN yang bertanding tewas ditangan DAP. Satu lagi persoalan yang timbul dari situasi ini ialah, adakah perkara yang sama juga akan berlaku di Semenanjung selepas ini. Jika kita sering mengikuti perkembangan beberapa PRK yang lepas, itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku.

Banyak sudah 'gula-gula' atau peruntukan yang besar diberikan kepada kaum ISTIMEWA ini bila setiap kali pilihanraya. Konon-kononya untuk mengambil hati mereka supaya terus memberi undi kepada BN. Apabila keputusan akhir diumumkan semuanya hampas belaka dan sokongan yang diharap daripada kaum ISTIMEWA ini pula amat menyedihkan. Boleh diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit, kemudian anjing itu menggit kembali tangan tuan yang melepaskanya. Tetapi Itulah hakikat sebenar demokarsi yang harus diterima semua orang.

Jika Dato Najib tidak mahu dimalukan dengan gelaran merdana menteri paling SINGKAT dalam sejarah Malaysia. Perubahan drastik perlu dilakukan. Tidak kira samada dalam parti (BN) itu sendiri atau sistem penyampaian kerajaan yang sedia ada. Kerana masih ada lagi makalumat berkaitan dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sampai ke pengetahuan rakyat bawahan.

Kurangkan tabiat suka memberi bantuan MEE SEGERA kepada 'MEREKA' yang tidak memerlukan. Kerana masih ramai lagi RAKYAT yang memerlukan pembelaan secukupnya dari kerajaan, terutama sekali kaum BUMIPUTERA yang kebanyakan masih jauh ketinggalan,  kalau hendak dibandingkan dengan kaum ISTIMEWA yang satu lagi. Perhatian khsus kepada kaum bumiputera bukan sahaja harus tapi MESTI diberi keutamaan selepas ini jika BN ingin terus kekal sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Andai ditakdirkan pada PRU13 akan datang, undi dari kaum CINA tidak lagi memihak kepada BN, dengan adanya sokongan dari kaum Bumiputera dan India, ia sudah memadai bagi BN untuk terus menggalas mandat yang diberikan oleh rakyat bagi meneruskan segala usaha dan agenda pembangunan yang telah dirancang untuk rakyat selama ini tanpa ada sebarang halangan.

Sudah tiba masanya BN kena berusaha lebih keras untuk memenangi hati pengundi bumiputera, kerana mereka inilah yang menjadi penyumbang utama kemenagan Barisan Nasional bila setiap kali pilihanraya. Oleh itu, jangan persiakan harapan atau jangan sesekali cuba menganak tirikan mereka ini sekiranya BN tidak ingin merasai nikmat MEROYAN apabila kehilangan kuasa.

Wak J: Masanya sudah tiba!..Jangan TIDUR lagi.....

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Yuk!!! kita mulakan sekarang juga...
    bermula dengan boikot perniagaan mereka..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.