Ahad, 1 Mei 2011

Cukai Terlebih Bayar Lagi....

    2:09:00 PG   No comments

Hari ini merupakan hari terakhir bagi anda yang masih lagi belum mengisi borang BE atau borang taksiran cukai pendapatan tahunan. Masih sempat lagi jika anda ingin mengisi borang tersebut sehingga jam 12.00 tengah malam nanti.

Sekiranya anda malas nak isi borang cara manual atau pun sudah kesuntukan masa. Anda juga boleh mengisi borang taksiran tersebut secara atas talian. Layari laman web LHDN di sini. Sangat mudah senang dan pantas. Asalkan anda tidak kehilangan penyata gaji tahunan (EA form) yang telah diberikan oleh majikan masing-masing.

Kepada pembaca blog Wak J yang berpendapatan tinggi diharap dapat turut sama melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengisi borang ini. Jika kita merujuk di bahagian PELEPASAN di dalam borang tersebut. Terdapat pelepasan baru diberikan kepada pembayar cukai yang layak, yang ada melanggan kemudahan internet di rumah. Selain itu pelepasan bagi mereka yang telah membeli rumah baru. Hehehe...sayang wak tak layak untuk bahagian perumahan kerana tahun rumah wak beli tidak menepati syarat yang ditetapkan...sadis betul..
Sebagai pembayar cukai, kita sepatutnya berbangga dengan diri sendiri kerana telah termasuk dalam lingkungan golongan yang BERKEMAMPUAN dan berpendapatan tinggi. Dengan membayar cukai, kita juga menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam pembangunan negara. Oleh itu sila lengkapkan borang taksiran cukai anada sekarang!..

Wak J: Jangan ada yang cuba nak mengelat dari bayar cukai yer hehehe.. Wah!! Banyak jugak cukai terlebih bayar tahun lepas. Makan besar la lepas ni kita...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.