Isnin, 2 Mei 2011

Bekerja di Hari Pekerja

    1:27:00 PG   No comments

Sempena 1 Mei 2011 hari ini. Blog Wak Jengkol ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada sahabat pembaca blog wak.

Memang best betul 1 Mei pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, kena pulak hari minggu, maka cuti umum hari pekerja di-extend sampai kehari Isnin. Amat beruntung bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan atau syarikat separuh kerajaan (GLC) kerana dapat cuti panjang selama 3 hari bermula pada hari Sabtu semalam.

Bagi anda yang bekerja di Hari Pekerja, bekerjalah dengan penuh dedikasi dan produktif. Marilah bekerja bersama-sama wak pada hari ini. Dalam kalender hidup wak bila setiap kali tiba bulan Mei, hari pertamanya bermula dengan 2hb Mei. Mengikut falsafah orang yang suka bekerja, mereka selalu berpegang pada perinsip ini.."setiap hari adalah hari untuk bekerja" atau "every day is working day" bak kata orang putih.

Jangan ada yang salah sangka pula pada mereka ini termasuk wak, suka bekerja atau gila kerja bukan kerana wang semata-mata. Tapi wak memang sukakanya. Ada orang bekerja ini dijadikan sebagai HOBI, dan ada pula yang lain menjadikan aktiviti mencari kerja sebagai hobi mereka. Faham-faham jela maksud wak yer.. Bagi yang masih dok menaggur start 3hb ni dah boleh start cari kerja. Jangan asik nak perhabis harta mak ayah je..huhuhu..

Apa jua yang anda lakukan hari cuti ini, semoga cuti umum sempena Hari Pekerja dapat diisi dengan perkara-perkara berfaedah dan bermanfaat. Mana yang bercuti balik ke kapung, berhati-hati di jalan raya ketika memandu. Bagi anda yang duduk di rumah bersama keluarga, gunakanlah masa yang ada untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kepada pasangan bercinta..Jom kita buat wayang...ehhh silap...wakakakaka....Selamat Hari Pekerja..ceria selalu.

Wasalam..

Wak J: Gaji naik tahun ni 10%...Wak kayoooo!!!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.