Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Ulang Tahun (wak) ..Selamat Hari Guru (cikgu)..Selamat Kembali ke (P) Sg Buloh (Anwar Berahim)

    5:32:00 PG   No comments

16 Mei 2011 (Isnin) merupakan hari yang penuh simbolik buat wak. Kenapa ya? hehehe..Hari ini adalah hari ulang tahun wak yang ke 150 tahun (lama sungguh) dan pada setiap kali 16hb Mei juga adalah hari istimewa buat warga pendidik. Masih belum terlambat untuk wak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru yang mengajar di seluruh Malaysia.

Dalam kehangatan menyambut hari ulang tahun dan meraikan hari guru, ada 1 peristiwa yang lebih besar berlaku dalam negara kita iaitu sambungan kes perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari Azlan. Masih tidak terlalu awal atau terlalu lambat untuk kita mengucapkan "Selamat Kembali ke Penjara Sg Buluh" kepada Anwar Ibrahim apabila, mahkamah hari ini memerintahkan dirinya untuk membela diri dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapi olehnya.

Selain hadiah ciuman dari isteri tersayang, tiada hadiah atau berita lain yang paling istimewa dan mengembirakan buat wak hari ini selain dari mendengar berita Anwar Ibrahim yang diarah bela diri kerana tabiatnya yang suka meliwat tu. Walaupun ini hanyalah permulaan bagi segala kemungkinan yang akan berlaku selepas ini. Namun rasa beryukur kepada Allah tetap wak panjatkan kerana doa rakyat Malaysia dan berkat solat hajat perdana tempoh hari yang diimamkan oleh seorang ulamak muktabar, akhirnya cahaya kebenaran yang dinanti muncul sedikit demi sedikit.

Ramai yang sudah mengagak keputusan hakim hari ini tidak menyebelahi Anwar. Ia bukan kerana keputusan hakim itu berat sebelah. Tapi yang lebih penting di sini ialah hujahan yang begitu konsisten oleh Saipul Bukhari dan kesungguhan para pakar dalam melaksanakan tanggung jawab mereka di sepanjang tempoh kes liwat ini berlangsung yang dah makan masa bertahun-tahun. Atas sebab inilah para hakim membuat keputusan sedemikian.
Hari ini juga merupakan hari plaing malang buat pengikut atau penyokong puak kaum SODOM. Kerana "kebenaran palsu" yang diharap agar menyebelahi pihak mereka masih tidak muncul-muncl jua. Di laman sosial seperti di Facebook, kita akan dapat lihat bertapa hampanya hati mereka ini apabila isu liwat Anwar Ibarhim di ketengahkan dalam wall post. Slogan puaka "LAWAN TETAP LAWAN" sudah hilang terbang ke mana (hinggap kat Sg Buluh kut wakakakaka)

Apa-apa pun :'game is not over yet' kita tunggu sajalah apa Anwar Ibarhim bersama barisan "Gagak Hitamnya" nak buat selepas ini. Adakah mereka berajaya menangguhkan kes liwat ini sehingga tamat PRU13 atau..........Anwar Ibrahim akan pulang ke ke HABITAT asalnya lebih awal dari tarikh yang kita semua jangkakan...waakakakakakakakakakak (gelak puas-puas)

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.