Sabtu, 17 September 2011

Jangan Beri LESEN Pada Anak Untuk Tempah Maut

    7:19:00 PG   No comments

 
Tahun lalu negara kita dikejutkan dengan berita polis menembak mati seorang remaja bawah umur ketika sedang menjalankan tugas rodaan. Khabarnya Insiden tembakan itu berlaku setelah berlaku aksi kejar mengejar antara polis dan pemandu kereta yang dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan. Polis telah melepaskan tembakan, setelah beberapa kali memberi arahan untuk memberhentikan kereta tidak dipatuhi..

Sekarang kes tersebut telah selesai dibicarakan. Polis yang menebak remaja tersebut juga telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. Selepas kejadian itu banyak pihak muncul termasuk orang politik untuk membela nasib si mati dan keluarganya. Kononya nasib malang yang menimpa remaja bawah umur itu disebabkan oleh kegagalan pihak polis atau lebih tepat lagi kerajaan dalam melaksankan tugas dan menguatkuasakan undang-undang.

Adakah kita terpikir, bagimana pula dengan nasib keluarga Koperal Jenain? Ada siapa yang peduli dan ambil kisah selepas dia dimasukan ke dalam penjara nanti. Siapakah ahli politik yang akan tampil untuk membela nasib isteri dan anak-anknya setelah kehilangan tempat begantung. Memang kejam sungguh dunia hari ini.

Jodoh pertemuan, ajal dan maut semua itu adalah ketentuan Tuhan. Dan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kita yang masih bernyawa ini perlu mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku, semoga menjadi pengajaran dalam hidup terutama sekali bagi kita yang bergelar ibubapa.

Tabiat gemar menuding jari dan menyalahkan pihak lain serta sistem yang ada di negera ini tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Malah menjadikan ia semakin rumit dan sukar untuk diselesaikan. Perangai buruk ini perlu dikikis sebelum ia menjadi barah hati yang mana sampai satu tahap nanti ia amat sukar untuk diubati.

Sebagai ibubapa juga harus peka pada tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga dalam mendidik anak di rumah. Kita tidak boleh menyerahkan sepenuhnya amanah itu kepada pihak lain seperti guru dalam mendidik atau pihak berkuasa untuk mengawal tingkah laku anak-anak kita bila berada di luar rumah.

Pantau dengan rapi segala pergerakan dan perlakuan anak-anak tidak kira di luar atau di dalam rumah, terutama sekali jika kita mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Dalam usia sebeginilah segala macam dugaan datang menjelma. Cabaran ini menjadi ujian paling besar pada ibubapa bagi menentukan samada ia berjaya atau tidak dalam membentuk anugerah tuhan yang tak ternilai ini supaya menjadi seorang insan yang berguna pada masa akan datang.

Disebabkan sikap lepas tangan dan sambil lewa segelintir ibubapa ini, punca segala kejadian yang tak diingini berlaku. Ketegasan dalam mendidik anak hari ini perlu ada dan sangat ditutut kerana keadaan persekitaran sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu dan lebih mencabar. Untuk menjadi tegas atau GARANG tak bermakna kita perlu sampai mendera. Banyak kaedah dan langkah yang berguna boleh kita ikut untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak, itu pun jika kita rajin menyelak buku-buku ilmiyah yang berkaitan dengan KEIBUBAPAAN. Sesungguhnya pelajaran dan pengajaran yang baik itu bermula di rumah.
Bagi anda yang belum pernah berumah tangga atau menjadi ibubapa sudah pasti ada yang menggangap situasi yang berlaku pada remaja bawah umur itu disebabkan oleh kecuaian sebelah pihak.iaitu Polis. Namun sebagai seorang ibu atau bapa, kita pasti akan menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu kerana gagal menjaga amanah dengan baik sekiranya apa yang berlaku itu terjadi pada anak sendiri.

Mana mungkin kita sebagai ibubapa ingin membiar atau membenarkan anak yang masih di bawah umur atau jagaan kita dilepas bebas berbuat apa sahaja tanpa ada sebarang sekatan dan peraturan. Setiap ibubapa yang bertanggungjawab sudah pasti ingin sentiasa memastikan anak mereka berada dalam keadaan baik dan selamat. Janganlah kita hanya mahir dalam cara-cara membuat anak tapi bila masuk bab menjaga dan mendidik kita langsung tak tahu apa-apa.... Ibubapa jenis apakah itu?.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.