Selasa, 27 September 2011

Jangan Lupa Aksi Bogel Dalam Pakatan Haram Besok!

    12:00:00 PTG   No comments

Besok hari Rabu, Pakatan Haram dijangka akan mengdakan mesyurat tergempar bagi membincangkan isu hudud yang dibangkit oleh orang tua dari Pas bernama Nik Ajis.

Hingga ke hari ini seluruh pemimpin yang berada dalam Pakatan Pembangkang dilarang sama sekali bercakap atau mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berkenaan isu yang sedang hangat melanda Pakatan iaitu isu HUDUD. Polimek dari isu ini telah menyebabkan berlakunya ribut dalam cawan antara Pas dan Dap.

Mulut tempayan Nik Ajis nampaknya dah tak boleh nak dicover lagi. Tiada dulang yang bersaiz lebih besar mampu menutup mulut orang tua tu dari terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan pihak seterunya mendapat peluru percuma untuk berkalan PRU13 akan datang.

Setelah 20 tahun mentadbir Kelantan dan ntah berapa kali PRU kenapa isu hudud Pas ini timbul kembali. Kenapa baru sekarang Nik Ajis beriya-iya benar ingin melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan?

Semua pun tahu pergolakan yang berlaku dalam pakatan sekarang ini tak lebih dari sekdar sandiwara yang dibuat-buat bagi mengalih pandang dan tumpuan ramai terhadap beberapa perkara penting yang sedang membelenggu Pakatan seperti isu HIV yang mana Kelantan di bawah Nik Ajis menjadi negeri penyumbang utama penyakit itu di Malaysia. Selain itu kisah Mat Sabu dangan sahabat komunisnya dan isu pemurtadan orang Islam oleh puak gereja yang didalangi oleh Dap.

Apa pun yang terjadi dalam meeting pakatan besok, sama-sama kita nantikan. Adakah buku Jinggay yang menjadi harapan dan kebanggaan para pencacai akan di REVISE semula dengan memasukkan Hudud sebagai sebahagian dari agenda buku Jinggay atau HARAM bagi setiap ahli yang berada dalam gabungan pembangkang menyebut perkataan hudud jika ingin bersama-sama untuk merealisasikan impian menawan Putrajaya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.