Selasa, 27 September 2011

Hudud & Sistem Pendidikan di Sekolah

    3:26:00 PTG   No comments

Oleh kerana polimek isu Hudud ini sudah menjadi bahan bualan umum oleh setiap masyarakat yang tinggal di Malaysia tanpa mengira masa dan keadaan serta tiada titik nokhtahnya. Apa kata kerajaan yang ada sekarang mengambil pendekatan dari isu berbangkit ini dengan menerapkan hukum Allah ini ke dalam sistem pembelajaran di peringkat sekolah.

Setelah berdiskusi dengan rakan pakatan pembangkang di laman sosial, ada satu cadangan yang menarik dilontarkan oleh mereka agar subjek Hudud ini dinilai tambah ke dalam mata pelajaran Agama yang kini diajar di sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rabungnya.

Mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak akan membantu memberi pemahaman yang jelas kepada orang Islam itu sendiri dan juga penerimaan hukum Allah ini oleh masyarakat luar terutama sekali bagi mereka yang bukan berugama Islam.

Subjek Hudud ini juga boleh di ajar kepada semua murid dan pelajar sekolah, samada dalam matapelajaran agama atau moral dengan mengunakan pendekatan atau kaeadah pengajaran yang berbeza tanpa perlu menyinggung hati mana-mana pihak atau menyentuh sensitiviti penganut agama lain.

Jika perkataan HUDUD itu memberi pengertian yang sangat menakutkan kepada mereka yang bukan Islam. Apa salahnya jika diganti dengan perkataan lain yang lebih lembut sebutanya dan boleh memberi kelegaan hati serta diterima oleh mereka yang bukan Islam apabila mempelajari hukum Allah ini.

Apa jua keadah yang digunakan untuk memberi kefahaman tentang hukum Allah ini nanti, ia bergantung kepada kebijaksanaan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk meyususun silibus matapelajaran berkaitan hudud ini. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut dapat, tepung tak berterabur

Sensungguhnya hukum Allah ini wajib diajar atau diterangkan kepada semua makhluk yang bernama MANUSIA tanpa mengira latar belakang agama yang di anuti. Adalah tidak wajar sekiranya hukum Allah ini hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam SAHAJA!. Amat malang sekali apabila saranan ini keluar sendiri dari mulut seorang tokoh politik yang berlatar belakangkan agama yang bergelar 'Tok Guru' yang mana mempunyai pengikut sama banyak dengan pengikut Ayah Pin.

Apakah  tok guru ini sudah terlupa akibat terlalu tua untuk mengingati bahawa orang yang bukan berugama Islam ini juga adalah 'hamba' ciptaan Allah yang Maha Esa. Setiap hamba mestilah setiasa patuh segala arahan Tuhan yang menciptanya di atas muka bumi ini. Dan bagi sesiapa sahaja yang ingkar, ia tergolong dalam kalangan orang yang KUFUR..

Wak J: Wak mengambil ketetapan hukum HUDUD wajar diajar dari peringkat sekolah lagi. Memang tak dinafikan bab hukum Allah ini ada dalam subjek matapelajaran  agama di sekolah hingga ke hari ini. Namun ia perlu diberi penekanan yang lebih berbanding dengan subjek matapelajaran keduniaan yang lain.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.