Isnin, 24 Oktober 2011

Mahasiswa AKHIR ZAMAN Perangai Macam Anjing!

    12:00:00 PTG   2 comments

AMAT MEMALUKAN. Wak merupakan seorang graduan lepasan SPM berkelulusan sijil Institut Kemahiran, hanya mampu geleng kepala apabila melihat  telatah segelintir penuntut universiti yang berperangai tak ubah seperti binatang ini.

Berkopiah, bersongkok tapi perangai seperti ANJING yang kehilangan tulang. Manyalak semahu-mahunya bagaikan dunia ini dia orang yang punya. Itu lah yang terdetik dalam hati wak bila menonton klip video di bawah ini. Mungkin mereka ini boleh digelar sebagai "Mahasiswa Akhir Zaman".

Segelintir Mahasiswa yang ada hari ini kurang mengambil berat soal bertapa pentingnya mencari dan menambah ilmu. Mereka lebih sibuk politik tak kira ketika berada di dalam atau di luar kampus, sehingga mengabaikan tanggunjawab yang sepatutnya diberi keutamaan lebih oleh mereka iaitu menuntut ilmu, dan bukan menjadi balaci atau anjing suruhan pihak tertentu terutama sekali orang politik.

Buat rugi duit income tax wak sahaja kerana memberi mereka pinjam untuk meneruskan pengajian di universiti. Akhirnya, ini balasan yang ditunjukan dengan berkelakuan seperti ANJING. Kalau wak mempunyai anak remaja seperti mereka ini yang masih menuntut di universiti, memang nahas wak kerjakan. Orang tua di kampung sanggup berhabis duit semata-mata ingin melihat anaknya menggengam segulung Ijazah, bukan menyalak sana sini berdemostrasi


Sudah semestinya ibubapa dia orang ini bertepuk tangan sambil tersenyum gembira di kampung halaman, setelah berhabis duit dan menggadai tanah kebun apabila terlihat kelibat anaknya muncul dikaca TV terjerit-jerit seperti orang yang tak siuman demi membela nasib seorang PAKAR yang berkelakuan biaDAP kepada Sultan.

Kepada penuntut universiti yang baru hendak berjinak-jinak dengan benda tak berfaedah ni, wak nasihatkan agar hentikan saja niat kamu tu. Jangan sia-siakan peluang yang ada dan yang lebih penting ialah jangan hancurkan harapan ibubapa yang ingin melihat kamu berjaya menjadi seorang manusia berguna kelak.

Wak menyesal kerana dulu tak belajar pandai-pandai macam dia orang ni.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.