Isnin, 24 Oktober 2011

HIMPUN ver 2.0 Bila?

    3:00:00 PTG   No comments


SHAH ALAM: Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) dianggap berjaya menyuarakan pendiriannya walaupun jumlah hadirin yang datang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pengerusi Bersama dan Presiden TERAS pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jumlah hadirin yang datang tidak menjadi masalah kerana perhimpunan berkenaan dianjurkan untuk memperkasa, mengekalkan syiar Islam serta mencegah aktviti memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Kami tidak hampa dengan jumlah orang ramai yang hadir kerana apa pun, mesejnya tetap sama.

"Himpun dilihat berjaya menarik keprihatinan pelbagai golongan masyarakat di negara ini," kata Azmi pada sidang media selepas berakhirnya Himpun di sini, Sabtu.

Jelasnya, perhimpunan tersebut turut berjaya kerana ia dilakukan dengan penuh disiplin tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau turut membacakan deklarasi Himpun yang mempunyai sepuluh tuntutan berkaitan tentang aspek syariah dan akidah umat Islam di negara ini.

"Himpun yang telah dilakukan ini juga menunjukkan bahawa orang Islam mempunyai hak menuntut 10 perkara dalam deklarasi himpun," katanya.

Wak J say

Memang agak terkilan hati ini kerana tidak dapat turut serta dalam Perhimpunan Sejuta Ummah yang telah diadakan baru-baru ini. Dan apa yang lebih menyakitkan hati, apabila perhimpunan seperti ini kurang diambil peduli atau mendapat sambutan dari orang Islam itu sendiri jika dilihat dari segi jumlah hadirin yang hadir.

Mungkin ini baru langkah permulaan dan diharap usaha murni ini akan diteruskan pada masa akan datang, agar ia dapat menarik lebih ramai lagi orang Islam untuk menyertainya sebagai tanda sokongan untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Tahniah wak ucapkan kepada pihak penganjur kerana bertungkus lumus tanpa mengenal erti putus asa walau pelbagai halangan yang datang menerjah. Akhirnya apa yang dirancang telah menjadi realiti

Walaupun jumlah hadirin untuk pusingan kali pertama ini tidak mencapai sasaran dari segi jumlah kehadiran, namun wak percaya dan yakin segala amanat dan pesanan yang disampaikan semasa Himpunan Sejuta Ummah ini, pasti akan meresap masuk ke dalam hati sanubari setiap orang Islam yang hadir atau yang mengikutinya dari jauh

Semoga pada masa akan datang jika pihak penganjur ingin menganjurkan lagi program yang baik dan bermenafaat seperti ini, berharap agar ia dapat dirancang dengan lebih rapi terutama sekali dari segi pengurusan MASA, kerana masih ramai lagi umat Islam yang ingin hadir diperhimpunan tersebut tapi disebabkan oleh faktor jarak atau pertindihan jadual kerja, mereka ini termasuk wak terpakasa membuat pilihan untuk tidak menyertainya dengan perasaan yang berbelah bagi.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.