Jumaat, 21 Oktober 2011

Mahasiswa Terlebih Pandai..Akhirnya diperLEMBU

    11:00:00 PG   No comments

Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memberi peluang kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perhubungan Awam UIAM Khamis, pihak sekretariat lembaga itu akan menilai secara terperinci sama ada kenyataan Abdul Aziz, yang merupakan ahli akademik dan pensyarah universiti berkenaan, bercanggah dengan mana-mana peraturan universiti ataupun sebaliknya.

"Pihak sekretariat sedang mengumpul maklumat lengkap mengenai isu yang dikaitkan dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari," katanya.

Sebuah portal berita baru-baru ini menyiarkan kenyataan Abdul Aziz yang mempertikai tindakan Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja.

Kenyataan itu mendapat kritikan pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan keengganan Abdul Aziz meminta maaf kepada Sultan Selangor sebagai 'kurang ajar'. BERNAMA

Berdasarkan lapuran berita di atas, kini sah  Aziz Bari telah digantung dari tugasnya buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pihak Lembaga Disiplin UIAM menjalankan siasatan menyeluruh sebelum sebarang keputusan atau tindakan muktamad dikenakan terhadap prof kangkung itu sekiranya ia didapati melanggar peraturan universiti.

Satu gerakan menuntut keadilan terhadap Aziz Bari telah dilancarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut para mahasiswa yang masih menuntut ini supaya membenci pihak pentadbiran universiti (UIAM) dan Kerajaan ekoran daripada isu penggantungan ini.

Ekoran dari isu ini juga sedikit sebanyak telah melahirkan perasaan simpati terhadap Aziz Bari yang dizahirkan oleh sekelompok mahasiswa universiti yang berfahaman Pakatan Pembangkang melalui pembukaan satu laman sosial (facebook) bagi menyatakan sokongan tak berbelah bagi mereka kepada Prof Kangkung tersebut di atas apa jua tidak tanduk yang dilakukanya sebelum ini termasuk perlakuan biaDAP terhadap titah Sultan Selangor.

Adakah kali ini mahasiswa akan diperLEMBUkan sekali lagi demi kepentingan individu atau politik pihak tertentu?. Wak sekadar ingin menasihatkan kepada semua mahasiswa terutama yang menyokong tindakan Aziz Bari ini supaya tidak berlebih-lebihan dalam menyuarakan perasaan tidak puas hati mengenai perkara ini, kerana dikhuatiri tingkah laku yang ditunjukan atau kata-kata tohmahan yang dilemparkan tanpa batasan itu, akan mengundang bala lebih besar pada diri sendiri. Beringat sebelum kena kerana anda sedang diperhatikan..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.