Jumaat, 21 Oktober 2011

Perhimpunan Sejuta Ummah..Kecewa Tak Dapat Pergi

    10:20:00 PTG   No comments

Arghh!!..Memang tension dibuatnya. Wak sekarang tengah dalam dilema sama ada handak turun atau tidak Perhimpunan Sejuta Ummah esok. Ada urusan kerja penting yang perlu diselesaikan, memang potong betul. Wak ingatkan program ini akan berterusan hingga ke waktu malam. Rupa-rupanya bermula dari jam 2.00 petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Alamatnya melepas la macam ni.

Sejak tersebarnya perkhabaran mengenai Perhimpunan Sejuta Ummah ini di medan blog dan kaca tv. Dalam hati wak dah mula terdetik untuk menyertainya. Perhimpunan tersebut juga diberitahu bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini bersamaan Oktober 22 2011. Tinggal berapa jam sahaja lagi. Tak sabar nak lihat lautan manusia membanjiri perkarangan stadium tak kira di dalam atau di luar, dan mereka ini datang berhimpun hanya untuk satu sebab iaitu demi kesatuan ummah untuk menyelamatkan Akidah umat Islam.

Jika berapa bulan lepas semasa berlakunya perhimpunan HARAM Bersih 2.0 anjuran Pakatan, wak tak dapat turut sama, sekarang ini pula perhimpunan HALAL (dapat permit Polis) anjuran NGO Islam 1Malaysia pun tak dapat join juga. Apa la nasib, tak ada jodoh la tu.Kenapa la pihak penganjur tak buat pada hari Ahad. Kalau tak dah tentu wak orang yang ke 999,999 hadir join perhimpunan ni. Munkin ada sebab-sebab lain kut..
Pihak FELDA dan GWGF, yang mana wak juga merupakan sebahagian dari warganya, sudah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) menyeru agar warga Felda dapat bersama turun beramai-ramai menyertai perhimpunan tersebut. Wak ingin menyeru sekali lagi, mana-mana warga Felda yang mempunyai kelapangan waktu, terutama sekali Peneroka tanah rancangan yang berada di seluruh pelusuk negara agar dapat menghadiri perhimpunan ini. Apa salahnya kalau sekali sekala berjalan-jalan melihat keindahan tempat orang. Cuti-cuti Malaysia.

Melihat kegigihan sahabat blogger GAP mempromosikan acara ini di blognya, bukan sahaja membuatkan wak tapi orang lain juga bersemangat untuk hadir beramai-ramai menjayakan program yang mana boleh memberi manfaat kepada kita semua selain dari untuk membuktikan bahawa umat Islam yang ada di negara ini mampu dan boleh bersatu atas nama Akidah Islam. Tapi sayangnya Bro GAP, wak tak dapat hadir untuk memberikan sokongan yang lebih dekat bersama hang. Wak harap bila berkahirnya Himpunan Satu Juta Ummah ni, akan terbentuk satu akta undang-undang anti Murtad yang mana akan dibentang oleh wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat kelak. InsyAllah..

Dalam keghiarahan umat Islam ingin datang berhimpun, ada juga setan-setan yang direjam ini cuba menggagalkan progaram Perhimpunan Sejuta Ummah yang bakal menjadi realiti esok. Pelbagai cara digunakan oleh makhluk-makhluk ni. Mereka banyak bergerak dan menghasut di laman-laman sosial. Apa yang boleh kita buat, bacakan surah Yassin supaya setan-setan ni meraung kepanasan.
Apa yang paling menyedihkan pada wak, apabila Parti Islam Malaysia (Pas) melarang penyokongnya dari menyertai perhimpunan ini kerana acara itu tidak memberikan sebarang keuntungan atau KREDIT terhadap partinya. Ah!..Persetankan dia orang, kita ni yang hadir esok bukan untuk beguling atas jalanraya atau menyedut asap gas pemedih mata. Kita datang berhimpun cara aman dengan hanya satu matlamat iaitu mempertahankan akidah umat Islam.

Last call..Kepada sesiapa sahaja yang bekersempatan atau tinggal di kawasan berhampiran terutama sekali bagi mereka yang tinggal di negeri Selangor atau sempadan Negeri Sembilan, tunjukan lah sokongan untuk membela dan menyelamatkan akidah umat Islam yang ada di Malaysia dengan menghadiri perhimpunan Sejuta Ummah ini. Wak doakan semoga kalian selamat pergi dan selamat kembali. Maaf wak tak dapat join sekali disebab urusan kerja, sokongan wak terhadap usha murni ini memang tidak berbelah bagi dan tiada kompromi apabila berbicara soal AKIDAH umat Islam. Wak akan mengikuti perkembangan perjalanan Perhimpunan Sejuta Ummah ini melalui ruang maya. Takbir!!!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.