Selasa, 4 Oktober 2011

Rosmah Mansur Terlepas Peluang Jadi JUTAWAN Saman...Rugi..Rugi..

    7:12:00 PTG   No comments

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.

Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah. SUMBER MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.