Sabtu, 1 Oktober 2011

Tanah Suci Mekah..Panduan Hukum Sebenar Dalam Islam

    10:19:00 PG   No comments

Dewan Pemuda Pas dalam satu kenyataan ni Harakah Daily telah mencabar Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Aziz Jamaluddin Mohd Tahir supaya membuktikan bagaimana rupa bentuk Hudud yang sebenar dalam Islam.

Pada wak, cabaran yang dilontarkan oleh Dewan Pemuada Pas ini rasanya tidak-lah susah sangat untuk dibuktikan tanpa perlu bersusah payah menyelak mana-mana kitab perundagan Islam atau memberi sebarang penerangan teperinci kepada mereka ini kerana contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan sudah ada di depan mata kita sendiri.

Cuba kita lihat di Tanah Suci Kota Mekah, di tempat ini segala perlaksanaan berkenaan undang-undang Islam termasuk hukum Hudud dijalankan dengan begitu sempurna sekali tanpa sebarang cacat cela atau pertikaian dari mana-mana pihak mengenai hukum Allah ini. Kerana perlaksanaan hukumnya secara menyeluruh dan bukan selektif.

Hukum atau undang-undang Islam yang dijalankan di Mekah juga tidak tertakhluk hanya kepada orang Islam sahaja. Malah semua lapisan kaum tidak mengira bangsa atau fahaman agama yang dianuti jika didapati melakukan sebarang perkara jenayah pasti akan diadili seadilnya mengikut lunas perundangan Islam.

Wak ingin sarankan kepada Dewan Pemuda Pas ini agar pergi sendiri mendalami ilmu mengenai undang-undang Islam sebenar di Tanah Suci Mekah.Kerana di situ lah tempat yang sebaik-baiknya jika ingin mengkaji bagaimana undang-undang Islam ini dapat dilaksana secara efektif dan diterima semua tanpa ada sebarang bantahan dari mana-mana pihak sebelum ia dipraktikan di Kelantan.

Tidak perlu mencabar orang lain supaya membuktikanya. Kerana hudud Pas ini hanya gah di atas kertas atau menjadi bahan jajaan yang sangat laris di medan ceramah apabila nak dekat musim pilihanraya. Tiada apa pun yang dilakukan oleh Pas sepanjang Parti Islam ini wujud di Malaysia dalam usaha memartabatkan hukum Allah ini selain dari menuding jari pada pihak lain kerana tidak membenarkan Hudud dilaksana di Malaysia terutama sekali di Kelantan

Wak berani potong kuku. Sekiranya Pengarah Yadim ini berjaya membuktikan melalui hujah atau fakta yang terdapat dalam buku-buku perundangan Islam, belum tentu lagi Dewan Pemuda Pas ini dapat menerimanya. Kerana seperti yang kita sedia tahu tak ada seorang pun yang ada di dalam negara ini yang boleh menandingi ketinggian ilmu agama yang dimiliki oleh lebai-lebai Pas.

Akhir sekali, wak ingin berpesan kepada Dewan Pemuda Pas. Ikutlah contoh terbaik yang ada hari ini. Bercakap tu memang senang "Pas nak Hudud" tapi perlaksanaan undang-undang Islam ini jika tidak dikaji secara mendalam atau tidak mengikut perinsip keadilan yang ditetapkan dalam Islam secara total. Dikhuatiri jika tersalah hukum ia akan mengundang bala yang lain pula, kerana yang akan melaksanakan hukum Allah ini hanyalah manusia biasa yang mana tak pernah lepas dari melakukan kesilapan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.