Isnin, 14 November 2011

Apa Nik Ajis Buat Sepanjang 20 Tahun Tadbir Kelantan?

    4:27:00 PTG   No comments

Tidak tahu hendak sorok di mana lagi muka ini. Mungkin itu lah situasi yang sedang dihadapi oleh Menteri Besar Kelantan apabila mendengar teguran serta nasihat yang disampaikan oleh Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dalam satu upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Kelantan yang diadakan baru-baru ini.

“Beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal.

‘‘Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar.

‘‘Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil,”
titah baginda. SUMBER UTUSAN

Teguran seumpama ini lah yang sangat tidak digemari oleh Nik Ajis dan juga seluruh penyokong tegar Parti Islam Pas untuk mendengarnya, dan kalau boleh isu ini perlu dielak dari dibincangkan secara terbuka kerana risau ia akan menjadi bahan sindiran orang ramai yang selama ini megikuti rapat setiap perkembangan terkini yang berlaku di setiap kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram.

Sebagai sebuah kerajaan yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap urusan pentadiran negeri, Pas Kelantan sepatutnya berasa malu di atas teguran yang dilontarkan oleh Tuanku Sultan, yang mana menyeru supaya kerajaan negeri sentiasa berhemah dalam setiap perbelanjaan yang dibuat.

Jika difikir dari luar sudut kotak pemikiran orang Pas, dah pastinya ada yang menganggap segala teguran yang disampaikan dalam titah Tuanku Sultan Kelantan itu memberi maksud, bahawa kerajaan negeri Kelantan yang ada hari ini sudah lagi tidak relevan untuk terus mantadbir negeri Kelantan kerana bila setiap kali belanjawan diumumkan, keputusan akhir yang keluar ialah DEFISIT.

Sudah pasti ramai yang akan bertanya, sepanjang 20 tahun Nik Ajis mentadbir negeri Kelantan apa yang dia buat untuk membangunkan negeri itu. Adakah dengan hanya mendengar ceramah politik saban hari dan menadah tangan agar diturunkan rezeki dari langit akan membantu membangunkan negeri Kelantan serta mengenyangkan perut setiap rakyatnya.

Dalam titah Tuanku Sultan itu juga ada menasihatkan agar Kerajaan Pas Kelantan supaya terus giat berusaha untuk mencari peluang pelaburan baru samada di dalam atau di luar negeri bagi mempelbagaikan sumber kewangan negeri.

Apa yang dapat kita lihat hari ini penyokong tegar Pakatan Haram sering berbangga dengan hasil yang dipungut oleh kerajaan negeri Pakatan pada setiap tahun. Pada hal kesemua hasil yang dikutip itu datangnya dari hasil BUMI semata-mata, seperti sumber balak yang ditebang dan pasir yang dikorek dengan rakusnya.

Inilah natijahnya jika orang yang tidak pandai mengurus soal kewangan atau ekonomi cuba-cuba hendak menunjuk padai dalam mentadbir negeri seolah-olah hanya dia seorang sahaja tahu segala-galanya. Maka hasilnya belanjawan defisit sepanjang tahun bila setiap kali lapuran dibentang.

Dah tiba masa untuk rakyat Kelantan keseluruhanya melakukan satu transformasi bagi mengubah nasib serta taraf hidup yang ada sekarang agar lebih baik dan terjamin pada masa akan datang. Keluar lah dari bayang-bayang Nik Ajis yang selama ini menghantui hidup rakyat Kelantan dengan kata-kata sihirnya "Tak guna kalau negeri maju, nanti banyak rasuah dan penyelewengan akan berlaku". Fikir-fikirlah....

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.