Isnin, 14 November 2011

PTPTN: Hutang Tetap Hutang..Mesti Bayar!

    12:00:00 PTG   No comments


Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.

Ismail, yang juga anggota parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta. SUMBER UTUSAN


Wak J: Bila sebut pasal HUTANG, sering kali kita dapati ramai dari kalangan masyrakat kita yang terlalu liat benar untuk melangsaikan hutang yang dibuat. Tabiat berhutang ini jika terlalu kerap diamalkan dikhuatiri akan mendatangkan masalah pada diri penghutang itu sendiri pada masa hadapan. Dalam Islam juga amat menitik beratkan soal bertapa pentingnya melangsaikan hutang.

Menurut kenyataan berita di atas, masih ramai lagi bekas graduan universiti yang tidak mahu atau tidak mampu untuk mejelaskan hutang yang dipinjam melalui skim PTPTN. Senario yang berlaku ini jika dibiarkan berterusan, sudah pasti ia akan mengganggu pemohon pinjaman PTPTN yang lain untuk meneruskan pengajian di universiti akibat kekurangan sumber kewangan berpunca dari keengganan membayar balik pinjaman.

Tidak kira apa alasan yang diberi oleh mereka yang berhutang ini, setiap sen yang dipinjam harus lah dibayar kembali. Sudah pasti si peminjam ini telah diberikan masa yang mencukupi untuk menjelaskan segala hutangnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Wak yakin, hampir 70 ribu dari peminjam skim PTPTN ini yang dulunya bergelar mahasiswa, kini hampir 90% daripadanya sudah mempunyai kerja tetap sekarang. Agak tidak masuk akal jika seramai ini yang meminjam duit PTPTN pada masa dahulu sampai sekarang masih tidak berupaya membayar hutang kerana tidak mempunyai kerja lagi.

Kedengaran juga suara-suara rungutan dari bekas graduan yang berhutang ini tidak berpuas hati kerana tempoh masa yang diberikan untuk menjelaskan hutang tersebut terlalu singkat.  Walaupun peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam negara ini sangat banyak, tapi masih lagi tercari-cari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan serta bergaji lumayan sebelum mereka boleh membayar hutang.

Jangan jadikan tabiat suka atau melambat-lambatkan membayar hutang ini sebagai budaya amalan hidup kita. Kita juga disaran supaya sentiasa ingat pada siapa kita berhutang dan bersegera untuk membayarnya, kerana dikhuatiri kita akan terlupa untuk membayarnya sehingga menutup mata.

Jika harimau mati meninggalkan belang, jangan manusia mati meninggalkan HUTANG..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.