Khamis, 17 November 2011

Degil..Tak Serik-Serik..Sekali Buka 6 Biji Terus

    12:01:00 PTG   No comments

Sudah teruk di kondem, dibalun depan dan belakang oleh ejen Dajjal yang dihantar oleh Pakatan Haram, nampaknya kerajaan Malayisa di bawah pentadbiran BN masih lagi berdegil dengan membuka  banyak lagi cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Dengan pembukaan KR1M yang bakal menjadi realiti sebelum akhir tahun ini (insyaAllah) di Melaka. Akan menyebabkan seluruh jentera Pakatan Haram dipaksa bekerja dengan lebih gigih bagi memastikan segala usaha murni yang dibuat oleh kerajaan ini untuk membantu rakyat terus menemui kegagalan.

Apakah punca yang menyebabkan pihak kerajaan memperluaskan lagi KR1M ini ke seluruh negara walaupun idea bernas ini pada awal perlaksanaanya hingga ke hari ini terus diancam dan diganggu oleh anasir-anasir jahat yang begitu iri hati melihat kejayaan yang dicapai melalui KR1M ini?

Wak amat yakin, dari keikhlasan hati yang ditunjukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu Mydin dan Kerajaan sendiri untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, dengan kewujudan cawangan KR1M di seluruh negara, akan memberi impak yang positif sekaligus akan memecahkan kegiatan memonopoli harga barang keperluan yang selama in dikawal oleh golongan tertentu yang begitu rakus menghisap darah rakyat tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.