Rabu, 23 November 2011

Ostad 'Khawarij' Pas Terlupa Bahawa Dia Yang 'SESAT' Sebenarnya

    3:00:00 PTG   No comments

Syaitan akan menagis gembira apabila benih-benih penyakit hati yang disemai ke dalam hati gologan manusia yang bergelar 'ustaz' ini, hidup subur sehingga melahirkan sifat riak, ujub dan takbur di dalam diri mereka kerana terlalu bermegah-megah dengan ilmu yang hanya dipinjamkan Allah kepadanya untuk sementara waktu sahaja.

Jika golongan cerdik pandai agama ini berjaya dipalingkan hati mereka dari menyatakan kebenaran atau menjaga tingkah lakunya, itu merupakan kejayaan bermakna dan darjah kepuasan yang tertinggi bagi syaitan yang direjam, kerana ia bukanlah kerja mudah untuk dilaksana berbanding dengan kerja menyesatkan manusia 'biasa' yang lain.

Perbuatan suka 'menggelar' atau 'melabel' pihak lain dengan gelaran-gelaran yang buruk sering kali terpacul keluar dari mulut manusia yang bergelar USTAZ. Terutama sekali bagi ustaz-ustaz yang menjadikan politik sebagai wadah untuk menyebarkan dakwah atau mencela orang lain.



Adakah dengan kelebihan ilmu agama yang dimiliki oleh golongan ustaz-ustaz seperti ini memberikan mereka 'green light' untuk berkata atau membuat apa sahaja yang mereka sukai tanpa mempedulikan sensitiviti perasaan orang lain.

Adalah amat menjelikan apabila 'ustaz-ustaz' ini tergamak menggatakan saudara seIslam lain yang juga bergelar ustaz tetapi berbeza pandangan denganya dalam sesuatu hal, sebagai sesat dan yang paling dahsyat sekali sanggup mengatakan bahawa pihak itu sudah terkeluar dari Islam iaitu jatuh KAFIR.

Memang tidak menjadi kesalahan, sekiranya ada ustaz atau penceramah yang ingin menjadikan lawak jenaka, guruan, untuk menarik perhatian hadirin yang hadir mendengar ceramah agamanya. Tapi biarlah ia disampaikan dengan cara yang elok tanpa menyinggung hati mana-mana pihak.

Namun, amalan gemar melabelkan pihak lain sesat atau kafir yang sering diamalkan oleh segelintir ustaz dari Parti Islam Pas ini, seolah-olah ia sudah sebati menjadi darah danging mereka, sehingga tanpa segan silu sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan dan cacian sesama manusia yang seagama, tanpa berfikir sesungguhnya perbuatan yang dilakukan itu tidak sepatutnya ditonjolkan oleh mereka yang bergelar USTAZ.

Ustaz-ustaz akhir zaman, beginilah rupa dia yang sebenar...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.